Jumaat, 22 Mei 2020

Being Alone

Ada yang bersendiri serasa mati
Tapi aku senang bila sendiri
Tanpa perlu memikirkan hal lain
Fikiran menerawang jauh ke bulan
Kepulan asap tidak melemaskan rongga pernafasanku
Hati terasa lapang
Jiwa semakin tenang
Tetapi..
Kosong
Sekosong lapangan bola sewaktu corona
Seperti bermain poker dengan diri sendiri
Nyatanya, 
Aku tidak betah bersendiri.
Dan aku perlukan kita di dunia.

Khamis, 21 Mei 2020

Sonnet

Yang ku lihat hanya kelabu
Tiada lagi warna berseri
Samar samar dan berdebu
Bagai satu mimpi ngeri

Apa yang tak terbayang
Kini semuanya aku jalani
Jiwa ini melayang
Bila kau tak lagi di sini

Tuntas aku cuba berjalan
Teraba raba bagai si buta
Yang ada hanyalah penyesalan
Yang pasti ini bukan yang ku minta....





Isnin, 18 Mei 2020

Tentang Aku

Tenang.
Tentang aku yang takkan semua faham.
Disisihkan lalu disuruh tenang.

Kuat.
Tentang aku yang semua terperdaya.
Melawan arus menentang gelora,
Namun di hujung malam gelita,
Semua itu hanya sandiwara.

Manja.
Mungkin kau saja yang nampak,
Atau,
Mungkin aku hanya ingin kau saja yang tahu.

Tentang aku atau tentang tentang?
Penentangan terhadap segala negativiti,
Dan terus hidup untuk menjalani hari.


Sabtu, 16 Mei 2020

First.

There will always be first for everything.

The first time you learnt how to walk,
Your first words,
Your first love,
Your first time having injuries.

It can be good,
But it also can be bad.

The good one will be kept in memories forever,
The bad; we learn from it and make it great again.

For me, 
The first time I set my eyes on you, 
I feel nothing.
But that doesn't mean that we can'y be together.
Until the first time you called me,
I sensed some feelings,
That I don't know how to describe it.

At first, I'm still unsure,
Is this what they call as love?
I found the answer now.
Yes, you are the one that I love.

Sometimes I get afraid too,
Because they said, 
There will always be an ending to everything,
But I know,
Deep inside,
This will last forever.

Until death do us apart.

Sabtu, 23 Februari 2019

Izinkan aku

Kenapa tuhan masih biarkan aku di sini?
Sehabis daya aku bertahan.
Tuhan,
Kenapa kau tak izinkan tali itu menjadi asbab?
Kenapa kau tak izinkan kereta kereta itu membawa aku kepada engkau?

Kenapa masih biarkan aku di sini, tuhan?
Lelah dan mengah aku melawan.
Tuhan,
Kenapa kau masih memberi aku peluang?
Kenapa kau masih memberi aku kehidupan?

Kenapa aku masih tuhan biarkan di sini?
Air mata bercampur keringat.
Tuhan,
Kenapa masih diberi kekuatan?
Kenapa masih diberi kesempatan?

Aku penat. Izinkan aku tuhan. Izinkan aku pulang kepada engkau dengan cara yang baik. Izinkan aku, tuhan.

Ahad, 19 Ogos 2018

#Day3

My top three pet peeves;

1. Orang yang potong barisan. Tak kisah lah barisan apa pun. Masa beli tiket wayang, atau ambil duit bantuan, atau masa ambil makanan kat dewan makan, mahupun bayar tiket dan masa trafik tengah sesak kat jalan raya. Aku paling pantang orang yang potong barisan ni. Ugh. Boleh dah perlahan lahan pergi belajar erti sabar dan amalkan.

2. Orang yang kuat mengadu. Apa lagi kalau mengadu kat mak ayah. Aduh. Aku selalu kena marah dengan abah dulu sebab aku selalu mengadu Pie kasar dengan aku. Dan yang dimarah adalah aku, sebab aku mengadu. Kata abah, jangan suka mengadu, mengadu tu boleh datang kan mudarat pada orang yang kita adu kan tu atau pada diri kita sendiri. Kalau betul yang kita adu tu, orang tu dimarah. Kalau salah yang kita adu tu, kita jatuh fitnah. Sampai sekarang aku pegang ni. Abah sambung lagi, kalau tak suka apa orang tu buat, jangan layan. Beredar lah. Jangan dedahkan diri atau rapat lagi dengan orang yang buat kita. Elakkan.

3. Orang yang marah bila orang cakap pasal dia tapi dia sendiri cakap pasal orang. Bagi aku, kalau tak nak orang buat kat aku, aku jangan buat orang. Tapi kalau aku tak buat apa apa, dan orang masih cakap pasal aku, mungkin ada bahagian yang aku tersalah, atau mungkin tu adalah orang tu membalas apa yang orang buat kat dia. Like, it's their revenge or karma? Eh. Aku cuba sedaya upaya untuk tak bercakap pasal orang. Dan bila orang keliling aku yang aku rapat bercerita tentang orang dengan exaggerate nya, aku akan tegur. Tak dapat apa pun dengan bercerita ni. Kalau tak suka, diam. Beralih. Dan tak payah mengada nak dekat.

---------

Ada banyak lagi. Antaranya, orang makan cupcapcupcap, bercakap masa makan, budak kecik yang mengada ngada... Dah lah tu, kantoi pulak banyak benda aku tak suka. Hahahaha.

Sabtu, 18 Ogos 2018

#Day2

Aku jenis tak reti kasi 'first impression' terhadap apa pun. Tapi aku selalu terima impressions dari orang. Orang orang yang menggambarkan aku.

Antara yang selalu aku ingat dan pahat dalam hati aku ialah.. "fya, kau dah lalu banyak benda, dan aku tahu, kau kuat fya. Kau seorang yang kuat dan boleh buat semua sendiri"..

Ada lagi satu dari sahabat terhebat aku, "fi, you ni macam lelaki tapi i sayang you."

The other one is,
"I thought you were not straight the first time i saw you".. aku paling ingat ni sebab lepas tu awkward moment.. aku pandang enys, enys pandang tasha, tasha pandang aku. Hahahahaha.