Selasa, 27 Disember 2011

The Mouth In The Heart.: Even the Dog loves its puppies.

The Mouth In The Heart.: Even the Dog loves its puppies.: bismillahirrahmanirrahim, Aww, look at them . So swee t. Seriously, ini pertama kali aku tengok seekor anjing menyusukan anaknya. Kalau k...

Isnin, 26 Disember 2011

Even the Dog loves its puppies.

bismillahirrahmanirrahim,



Aww, look at them. So sweet. Seriously, ini pertama kali aku tengok seekor anjing menyusukan anaknya. Kalau kucing tu biasa lah. 
Gayat kan aku ? 
Tapi, haih, comel sangat. Ya, walaupun anjing itu haiwan yang kotor tapi itu bukan alasan yang munasabah untuk kita membenci haiwan ni kan? 
Pernah terfikir tak, sebenarnya sifat dan sikap anjing ni lagi bagus dari kucing yang comel-comel belaka tu. Pernah tak? Tak eh? Okay, ini bagi aku lah/pendapat aku/firasat atau seumpanya aku, anjing lagi baik daripada kucing. 
KENAPA?
Okay, anjing ni macam ada sifat berterima kasih tau. Kucing pulak macam 'dah bagi betis, mintak peha'
APA PASAL PULAK?
Yelah, cuba kalau kau bagi makanan kat anjing. Lain kali kalau anjing tu terserempak dengan kau, mesti dia akan menggoyangkan ekor dia atau apa-2 je lah, macam tanda terima kasih. Serius ni.
Okay, now, do it on kucing. Cuba bagi kucing makan, nanti mesti dia datang lagi, dan minta lagi. Betul tak?

Hee, actually nak cakap, berbuat baiklah sesama makhluk. Tak kisah lah haiwan ke, tumbuhan ke. Kita sama-sama ciptaan Allah. Apa yang nak dikedekutkan sangat. Buat rileks, Buat peace. Pasti hidup akan tenang. Dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Penting tu.

nota kaki: Bagi yang takut anjing, kalau kauorang terserempak dengan anjing, jangan lari. Cuba bayangkan yang kau tengah pijak lidah dia. Imaginkan, otak kita kan hebat. InsyaAllah, anjing tu takkan kejar kau.

Jumaat, 4 November 2011

Sayang semuanya.

bismillahirrahmanirrahim,


| entri kali ini tidak sama seperti yang sebelumnya, di entri ini akan aku cerita kan tentang seorang rakan yang tak pernah lupa erti persahabatan dan tidak pernah putus memberi aku motivasi dan menegur aku.

Muhammad Airell Redzuan bin Ahmad Syaifulnizam. Nama nya, atau aku lebih selesa memanggilnya Duan, seperti rakan-rakannya yang lain. Dia lahir pada 25 September 1993. Memandangkan aku lahir pada 24 September 1995, kami selalunya akan menyambut ulangtahun bersama-sama. Dia berusia 18 tahun, Alhamdulillah, SPM nya lulus dengan cemerlang sekali dan cukup membanggakan.

Mama nya bernama Sara Salina dan babah nya Ahmad Syaifulnizam. Duan merupakan anak ke 3 dari 6 adik beradik. Yang sulungnya ialah Siti Sara Amira yang kini berumur 23 tahun dan alhamdulillah sudah pun bertunang dengan si pengarang jantungnya. Yang kedua, Siti Sara Afira berumur 21 tahun, masih belajar di satu institut pengajian di Singapura. Yang ketiga, dia sendiri. Yang keempat, Muhammad Airell Haffiz, berumur 16 tahun, sebaya dengan aku. Bersekolah di sebuah sekolah swasta di negeri sembilan. Seterusnya yang kelima, Siti Sara Kysara, berumur 8 tahun dan bersekolah di Sekolah Swasta juga. Yang terakhir, Muhammad Airell Haffique, berumur 5 tahun, dan masih belum bersekolah.

Aku kenal dia di sebuah kem motivasi yang aku hadiri ketika aku berusia 12 tahun di Seremban. Ketika itu aku sekumpulan dengannya dan dia merupakan seorang ketua kumpulan yang beribawa. Aku suka bekerjasama dengannya. Sejak dari itu kami terus berkawan, Alhamdulillah sehingga kini kami masih berkawan. Persahabatan kami bertambah manis apabila aku mengenali kedua ibu bapanya, dan mereka sangat baik kepada aku. Kami sering bersiar-siar bersama-sama. Seronok.

Dia pun mula memperkenalkan aku dengan kawan-kawannya yang lain, ternyata kami semua mempunyai minat yang sama iaitu BASIKAL, GAMBAR dan ANIME. Kami sering berkumpul dan bertukar pandangan, bertukar karya, bertukar pengalaman. Ya Allah, manisnya persahabatan kami ini hanya kami sahaja yang mengetahuinya.

Kami semakin akrab bila babah kepada Duan memberi kami rumah sewanya untuk dijadikan studio, tempat berkumpul, bengkel, gimnasium dan tempat kami menyimpan karya-karya kami. Rumah itu hanya rumah lot tetapi besar dan lamannya luas. Kawasannya redup dan nyaman, sesuai untuk kami melakukan aktiviti di luar rumah itu. Ohh ya, kami panggil rumah itu sebagai Chollic Low School. Kami akan sentiasa mengungkapkan 'S4' apabila berpisah dan bertemu. S4.. Saiyo Sakato Sahati Saraso. Itu loghat minangkabau, memandangkan kami semua orang Negeri Sembilan jadi kami gunakan itu. Maksudnya Seia Sekata Sehati Serasa. Dan apabila salah seorang dari kami ada masalah ungkapan itu bertukar maksud menjadi Susah Senang Sama Sama. Alhamdulillah, kami bahagia. Belum pernah masalah menjadi besar dan kami bersengketa. |

Kini, hari ini, masa ini, aku terlalu rindukan mereka. Kawan-kawan ku sayang. Hujung bulan ni, sebelum perjalanan panjang Fy bermula, Fy nak kita semua berkumpul di CLS. Fy rindu macam dulu-dulu, kita ride sama-sama, kita man basketball, macam-macam lagi kita buat. Fy rindu semua tu kawan. Kalau semua dah balik Negeri Sembilan nanti, silakan contact Fy ya. Dan Duan yang sentiasa di hati dan di minda, Jaga dirimu baik-baik, Jaga kesihatan, Patuh arahan doktor. Jangan miss apa-apa treatment pun tau. Fy tau Duan kuat, Duan hebat kan, Kita semua hebat kan.

FY SAYANG SEMUA !

Ahad, 16 Oktober 2011

Salah Kau !

bismillahirrahmanirrahim,


I : Kenapa kau lari semalam?
II : Aku malu lah nak jumpa dia.
I : Malu? Sebab? Kau tak pakai baju ke?
II : Apa pulak. Kita mesti lah ada sikap malu dalam diri kan.
I : Ya, aku setuju. Tapi kalau sampai merugikan kau. Haa, apa kau nak cakap?
II : Tak rugi mana pun lah. Next time boleh jumpa lagi,
I : Ohh, yeah. Yang kau sampai menangis tu ape ceritanya pulak?
II : Hmm, tu aku terkilan sebab dia lansung tak nak mengalah. Bukan dia tak tahu apa cerita aku.
I : Ohh, kau nak salah kan dia?
II : Tak , tapi buat masa sekarang biar aku diam tak bercakap dengan dia dulu.
I : Putus kawan, maksud kau?
II : Bukan, aku tak pernah ingin nak putus kawan.
I : Jadi?
II : Aku terkilan , dan biarlah aku diamkan diri aku dulu.
I : Kenapa sampai macam tu sangat?
II : Teruk sangat ke? Hmm, aku takut aku bertambah benci kat dia kalau aku terus cakap dengan dia.
I : Tak. Jangan lebih 3 hari. Sial hidup kau nanti.
II : Tengok lah nanti macam mana.
I : Kau touching?
II : Siapa tak touching kalau kena macam tu, Dah lah gitu. Pastu menipu lagi, Please lah. Susah dah nak percaya. Tak tahan.
I : Kau boleh sabar ?
II : Boleh.
I : Okay sabar.
II : zzzzzZZZZZ. Huhh!

Berdebat dengan diri sendiri, cara yang bagus untuk mendapat kan keputusan yang hebat. Tapi kadang-kadang jadi TERUK juga bila ada campur tangan SYAITAN. Semoga hati aku dapat berbaik semula dengan hati dia.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Aku punya kah?

bismillahirrahmanirrahim,


A : Dah terang-terangan tu kan. Apa lagi kau harap kat dia? Dia cinta Amy, bukan kau. Tolong lah faham weh. Aku tak suka kau macam. Tah apa-apa.

*diam*senyap*sunyi*

B : Aku tak harap apa-apa dari dia. Aku tak kisah dia cinta siapa. Mana aku boleh tahan hati dia kalau dah nak jatuh kat Amy. Aku siapa? Bukan siapa-siapa kan. Dia yang kata, Amy tu kawan dan dalam proses mengenakan bekas boyfriend Amy.
 Perlu aku cemburu? Tidak rasanya. Sebab dia bukan siapa-siapa aku. Aku bukan siapa-siapa dia. Jauh lagi kekasih dia. Puihh, tak pernah aku tak faham dengan kau A , aku tahu kau faham aku tapi kau tersalah faham. Kan? Haa, aku okay. Aku tak kenapa-kenapa pun. Kau rileks okay.

*senyum*tarik nafas*lepas*lega*

A : Kau cakap tentang diri kau kan?

B : Ya, habis tu siapa lagi?

A : Ehh, tidak. Aku cuma tak mahu kau hipokrit. Aku kagum kau rileks begini. Walaupun aku tahu, kau sangat menyayangi dia. Tahniah B !

*shake hand*

Get it? Haia, moralnya. Kita kenalah prihatin dengan masalah kawan kita. Bagi dia semangat. Don't let them down. Dengar cerita dia. Jadi pendengar yang setia dan baik. Nasihat dia jika perlu. Tegur dia kalau salah. Hm, ini akan mengeratkan lagi hubungan kamu! PERCAYALAH!

Selasa, 4 Oktober 2011

Urusan Hati

bismillahirahmanirrahim...


‎" Anggap saja kau tak pernah ada apa-apa urusan hati dengan dia " Duhh ? Ini bukan kesah putus cinta. Ini kisah sakit. Sakit yang hanya boleh diubat dengan maaf. So, apa lagi. Maafkan je lah. Yes, kata maaf memang senang. Hakikatnya, maaf tu bergantung pada ikhas ke tak ? Kalau tak ikhlas, it is just the same !


Aihh, mungkin kau fikir semua tu main-main. Yeahh, tapi ia serius bagi aku. Memang sangat terasa. Kalau ikut ego aku dah Remove , Block kau dah. Cuma teringatkan bahawa memutuskan sillaturrahim itu tak bagus. Mujur aku masih ingat. Alhamdulillah, aku tak buat kerja bodoh tu, dan ini lah hasilnya. Aku akan tulis di mana saja aku rasa nak tulis. Sakit tahu tak?


Kau dengan selambe nye, buat aku sakit hati. Dah lah gitu, menipu pulak. Haduhh, hati, apa patut aku buat dengan Beliau ni. Huhh, sekarang aku betul betul tak suka dia. Ehh dia kata "You don't have to like me, I'm not a Facebook status." Good ! Cool ! I will not like him, neglate him. Hahaha, Ada dia peduli kalau aku kisahkan dia pun. Dia mana pernah tahu sahabat ni buat apa untuk dia, sebab dia.


Mungkin aku juga yang bodoh, percaya sangat kata dia. Astaghfirullah Al-azim. Aku ada akal , tapi aku tak fikir betul-betul. Istighfar. Yes, aku memang tak reti marah. Patut lah kau senang-senang je buat aku gitu. Hmm, bila aku salah yang aku rasa tak salah pun sebenarnya, perkara normal yang dilakukan semua orang ...kau marah. Siap ber 'kau aku' lagi. Haha, then, bila kau. Aku ada lah jugak kan marah sikit-sikit.. then kau marah aku balik, bagi alasan macam-macam .. Menipu saje. Ngengade kau ni. 


Aku harap , aku dapat kawan ngan kau macam biasa semula kawan. Haishhh, tolong lah jangan ulangi. Okayy , semua saraf milik Noor Hafiza binti Yusran jangan pernah fikir pasal dia lagi. Hilang kan , lenyap kan semua. FAHAM !




TERIMA KASIH.

Khamis, 1 September 2011

"Mangkuk Terkenal"

bismillahirramanirrahim,

Padat.
Rapat.
Erghh, oksigen di ruangan ini semakin berkurangan,
dihirup oleh manusia-manusia yang berharap dapat makan kentaki malam ni.
Mujur ada pendingin hawa yang mengurangkan rasa sesak , sukarnya bernafas, Aku.

Semua beratur panjang.
Lurus,
Panjang,
Seperti satu skuad yang berbaris di perbarisan.
Haa, jangan memotong ya !
Aku pun lapar juga.

Ada yang seorangan,
dengan muka bengang dia.
Pasti dalam hatinya menggerutu sendiri,
"Ahh, lama nya. Aku lapar dah ni"
sambil mengusap perut yang berkeroncong pastinya.

Ada juga yang berpegangan tangan,
senyum,
gelak,
tawa.
Pasangan kekasih agaknya?
Atau mungkin pengantin baru?
Dating agaknya.
Dinner makan kentaki.
Enak.

Di satu sudut,
terlihat anak kecil gelisah ,
tapi seperti gembira.
Mungkin tak sabar nak memesan makanan kegemaran mereka.

Bahagianya Semua.

Ahh, buat apa aku fikir kisah mereka?
Sedangkan aku?
Masih berdiri.
Seorangan,
memegang handphone di tangan kiri,
menggenggam beg duit di tangan kanan,
Menunggu.

Hahh, tak sabar nak makan "Mangkuk Terkenal" malam ni.

Isnin, 22 Ogos 2011

Sibuk nya !!!

bismillahirrahmanirrahim,


Fuhh, berbulan aku tak membuat apa-apa entry kat blog ni kan. Dah berhabuk , basi , berkulat dah pun. Bukan sengaja, tapi masa tu selalu mencemburui aku. Tiap kali aku nak buat entry, mesti ada saja kerja atau bila dah ada masa , Idea pula yang tak da. Hm, jadi bersyukur sajalah sebab hari ni aku masih mampu buat entry ni.
Alhamdulillah.

Pejam celik tidur bangun sekarang dah pun minggu terakhir Ramadhan yang Karim ni. Sedih. Tapi nak buat macam mana, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan jangan risau lah. Tahun depan Ramadhan masih ada, cuma kita ni je, tak tahu sama ada kita masih sempat untuk menyambut Ramadhan tahun depan atau tidak. Maklumlah, ajal maut , jodoh pertemuan semua di tangan Allah kan. Terima dengan redha. Jangan sekadar redha tapi tak menerimanya, itu ibarat syaitan yang redha dengan Allah sebagai tuhan TETAPI tidak dapat menerimanya. Kita semua bukan syaitan kan ? Hm,

Memandangkan minggu ni minggu terakhir Ramadhan, jadi semakin banyak lah majlis Iftar Jama'ie .. Dan , majlis-majlis ini lah yang membuat aku sakit kepala dan sibuk.

Selasa (23/8/2011) Majlis berbuka puasa bersama pegawai PPD Tampin di Asrama Pusat SMKTB.
Rabu (24/8/2011) Majlis berbuka puasa bersama pelajar KAA SMKTSI.
Khamis (25/8/2011) Majlis berbuka puasa bersama AJK Asrama Pusat SMKTB.

Aku bukan lah tak suka nak pergi majlis majlis ni, cuma aku agak tertekan. Kami dah rancang , minggu ni kami nak siap kan video untuk dihantar sebelum 7 September 2011. Tapi , dengan majlis yang banyak, bagaimana? Ditambah dengan tugasan-tugasan yang diberi guru di sekolah. Ini bukan satu rungutan. Cuma aku , kurang senang dengan situasi ini. Perlu berkejar-kejar ke destinasi. Haihh, tidak mengapalah. Sampai bila kan kita nak buat perkara yang kita suka je ? Betul tak ? Mungkin ini peluang aku untuk belajar mengurus masa. Ya, aku akan manfaatkan peluang ini, InsyaAllah.

Kami (Qusyairi , Rafidah , Amirul dan aku) dah merancang untuk membuat videografi yang bertemakan ICT dan Kemerdekaan bagi menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh SKMM. Jalan cerita, Skrip semua dah ada. Tinggal nak merakam je. Aku harap sempat. Mudah-mudahan sempat.

Doakan kejayaan kami. Slow and Steady win The Race. Doa kan kami tau. hey, DOAKAN KAMI. hehe, mengampu pula. Haha, ikhlas kan hati , doakan kami menang ya.

Assalamualaikum. Nah layan lagu Shin Chan ni.



Isnin, 27 Jun 2011

Convert . SMKSL to SMKTSI

bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dah lama selesai Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Semasa aku duduki peperiksaan ini, aku masih lagi bergelar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar. Tetapi hari ni, aku bukan lagi pelajar kelas 401 SMKSL. Aku akan berpindah semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus. Haha, rasa macam pelik saja masuk sekolah tu balik. Hm, but it is okey lahh !

Kepada kawan-kawan di SMKSL , even kita berkawan cuma 1 bulan , tapi serius aku seronok kawan dengan kauorang especially Yana, Syahmi, Fatin, Anis, Azmy dan lain lain :D .. Aww Yana, kita tak sempat hang out sama sama kan ? Hmm, I hope one day kita dapat jumpa lagi. Serius , kalau kita jumpa lagi nanti I nak peluk peluk you all ! Hehe, Azmy, better kau jujur kat dia okey.. Good luck. Okey guys ! Semoga kauorang berjaya dalam SPM nanti . I Love You All Babe !

Bila saya dah masuk ke SMKTSI semula bermakna saya akan tinggalkan aliran Sains Agama yang baru sebulan saya cuba. Agak menyedihkan, tapi nak buat macam mana kan? Hmm, saya akan kembali ke aliran Agama >.<" . Okey lahh tu daripada tak da kan? Hehh, saya mendaftar di SMKSL pada 28/4/2011 . Belajar selama seminggu dan kemudian Peperiksaan Pertengahan Tahun selama 3 minggu, selepas itu cuti Semester. Haha, sedihh. Heyy, Fy chill up. Jangan sedih !

Hehe, saya dah tengok result peperiksaan saya, agak teruk tapi bagi saya yang tidak bersekolah dari 11/4/2011 dan tak sempat belajar apa-apa pun, 3 subjek baru ni (Physics,Biology,Chemistry) saya rasa keputusan ni menggembirakan :D

Here they are. (My Mid-Year Exam Fest Result)
  1. BAHASA INGGERIS : A-  (Cemerlang)
  2. SEJARAH : E  (Lulus)
  3. MATHEMATICS : (Lulus Atas)
  4. ADDITIONAL MATHEMATICS : E
  5. PHYSICS : (Lulus)
  6. CHEMISTRY : E
  7. BIOLOGY : E
  8. PENDIDIKAN QURAN SUNNAH : C (Kepujian)
  9. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH : B+  (Kepujian Tertinggi)
  10. BAHASA ARAB KOMUNIKASI :(Kepujian)
  11. BAHASA MELAYU : A- (Cemerlang)
Teruk kan ? Tapi Alhamdulillah , aku masih boleh jawab dan ada jugak lah 'A' walaupun A- . hehe,
Okey, kepada kawan kawan Selamat Maju Jaya !
   

Ahad, 19 Jun 2011

Marah Ke ? Sabar lah ....

bismillahirrahmanirrahim,


"Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang tersabar adalah diantara kamu semua ialahorang yang suka memanfaatkan kesalahan orang lain padahal ia sebenarnya ada kuasa untuk membalasnya kembali"


Tidak ada manusia sempurna yang tidak mempunyai perasaan marah. Sebaliknya kesempurnaan diri seseorang itu terhasil apabila dapat mengekang dan mengendalikan kemarahannya dengan menuruti seperti mana kehendaknya, dan tidak biar bebas tanpa kawalan. Dalam maksud lain tidak membiarkan dirinya diperkudakan oleh perasaan marah yang didorong oleh hawa nafsu semata-mata.

Sifat marah tidak boleh dibuang sama sekali, kerana dalam hal-hal tertentu sifat marah itu perlu. Islam mengiktiraf orang yang mampu menundukkan perasaan marahnya sebagai seorang yang terbukti kegagahannya. Kerana mereka adalah orang-orang yang sabar.

Asas kukuh yang membolehkan seseorang mengekang kemarahan dan bertindak secara lebih menguntungkan dunia akhirat ialah penanaman sifat sabar. Inilah kekuatan dalaman yang merupakan anugerah bercahaya yang boleh melenyapkan nyalaan kemarahan yang sedang kemuncak bergelora. "bersabarlah adalah cahaya yang gilang-gemilang"

Jadi, walau apa pun yang orang lakukan pada anda, atau apa pun yang terjadi pada anda, bersabarlah. Jangan cepat meradang. Kawal kemarahan anda kerana biasanya kemarahan yang tidak terkawal itu adalah akibat syaitan dan nafsu, ini boleh membuat anda bertindak di luar batasan akal sihat.

Mungkin , banyak kejadian bunuh yang berlaku di dunia kini terjadi akibat tiada suburnya sifat sabar dalam diri. Tanam lah sifat sabar dalam diri kita sekarang, bukan kah sabar itu separuh daripada iman? hehe, semoga kita bersama dapat merasa Halwatun Iman (Kemanisan Iman) ..

chill and peace
terima kasih kerana membaca !

Sabtu, 4 Jun 2011

i heart you !

bismillahirrahmanirrahim,


when you love someone, when you truly love someone, that person becomes part of you, they become your life, your everything. They change you and they inspire you in so many different ways that are indescribeable. How do you let go of someone who has made such an impact on your life? How do you let go of the only thing that keeps you going, keeps you strong? Loving someone with all you have is letting go of fear, it is growing up. Because when you love someone whole - heartedly, you let go of yourself - to live is to love - so how do you let go of someone you truly care about?
The truth is ..... i don't think you can, i think no matter what happens, wether you are together or not, they are in your heart .... Always ..

you will be always in my heart dude! i heart you **

Ahad, 22 Mei 2011

Logging

Bismillahirrahmanirrahim,


STOP THE LOGGING ! YOU ARE DESTROYING MY EARTH ! DONT YOU THINK ABOUT YOUR SON'S LIFE IN THE FUTURE ? AVOID THINKING OF YOURSELF FEELING ! I HATE YOU DESTROYER !!!

Rabu, 4 Mei 2011

Ma'an Najah ! Good Luck !

Bismillahirrahmanirrahim,

Pejam celik pejam celik dah pun Bulan MEI . hmm, apa yang kita selalu tunggu bila sampai bulan Mei ? kalau aku . sudah semestinya cuti semester :) hehe, 2 minggu tu . seronok :)
tapi selalunya sebelum cuti tu. mesti ada peperiksaan kan?
YEA, Mid-Year Examination ! aku pun minggu depan 10 hari bulan dah start exam . hm, CUAK nih.
;;suasana bila nak periksa kat bilik/rumah aku.
::Lampu bilik aku yang biasanya mati jam 1o kini bersinar terus sampai pagi. (stay-up lah konon). ::Dinding-dinding bilik aku, dipenuhi dengan kata-kata semangat. (aku buat sendiri).
::Buku bersepah-sepah.

Peperiksaan selama 2 minggu ni insyaAllah aku akan sambut bagai pesta besar,riuh dan semarak. Sampai kamu pun dapat merasakan ada suasana peperiksaan dalam udara ruangan aku.
Inilah saat-saat sebenar seorang pencari ilmu membuktikan jerih payah belajar selama 5 bulan ini mendatangkan hasil setimpal, iaitu meresap nya ilmu tadi sampai ke tulang sumsumnya:)

"Ilmu itu bagai nur,sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu,supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

Siapa yang menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas, dia mendapat kehormatan sebagai mujahid,pejuang Allah. Bahkan kalau mati dalm proses mencari ilmu, dia akan diganjarkan dengan gelar syahid, dan berhak dapat darjat premium di akhirat kelak.

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik! Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertawakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepada-Nya, sehingga kita tidak akan pernah stes dalam hidup ini. Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal."
'
Uthlub ilma minal mahdi ila lahdi"

Ahad, 10 April 2011

Tegak dan Runtuh

Bismillahirrahmanirrahim,

Sulit sekali memulai pembicaraan itu, susah menyuruhi seseorang mengerjakan suatu pekerjaan yang berat hatinya melakukan, pekerjaan yang berlawanan dengan kehendak hatinya sendiri.

Tetapi di balik itu, sebagai seorang anak muda yang telah dicurahi orang kepercayaan dengan sepenuh-penuhnya, akhirnya hati saya dapat juga saya bulatkan dan saya mulailah berkata-kata..

Karam rasanya bumi ini saya pijakkan , gelap tujuan yang akan saya tempuh. Tak ubahnya dengan seseorang bermimpi mendapat sebutir mutiara di tepi lautan besar, sebelum mutiara itu dapat dibawa pulang. Tiba-tiba sudah tersedar. meskipun mata dipaksa tidur kembali, yang tadi telah tinggal mimpi, ia telah tamat sehingga itu, tidak ada sambungnya lagi.

Seakan-akan terlepas dari suatu beban yang maha berat saja rasanya, setelah selesai perkataan yang sulit itu. Saya masih bingung, apakah yang diperkatakan saya tadi benar dari hati saya atau hanya dari kerongkangan semata-mata.

"mulut orang pandai ada pada hatinya manakala hati orang bodoh ada pada mulutnya"
-HAMKA-

Hanya hingga itu dapat saya ceritakan apa yang terjadi sehari itu.



Ahad, 20 Februari 2011

PINDAH !!!

hm , memang sangat sedih hari ni ..

pagi-pagi aku bangun tidur aku dengar ada orang tengah meletus-letus kat luar .. ohh die .. hm , biarlah dah biasa dengar ..hm , tapi ada orang macam sokong je , sape tu ?? ouch ! dia rupanya .. okey , biar kan lah .. eh eh .. mereka tengah berkata-kata pasal aku ! aishh .. ape lah ..

hm , kenapa masa aku dah excited dah nak pindah , dah berangan-angan , dah berfikir-fikir , baru nak kata tak boleh ?? tahu tak aku pindah ni tak de kene mengene langsung dengan 'A' .. aku yang nak pindah faham tak .. aishh . nak sangat ke tengok aku duduk rumah lepak dengan kawan-kawan pie ? yea , walaupun mereka semua takkan buat apa-apa kat aku tapi tak segan ke nanti orang kata apa ? kenapa tak nak fikir positif ? kenapa mesti nak fikir negatif jugak ? hey , banyak lah perkara positif yang boleh aku dapat kalau aku pindah ..

hm , awal tahun dulu kau nak aku amik aliran sains kan ? okey now kalau aku pindah aku akan amek aliran sains ! tapi kenapa masih tak bagi ? haih .. aku tak faham betullah .. tolong lah .. aku serius gile tak nak duduk kat Tampin ni dah , ingat tak dari dulu lagi aku kata "Form 4 ni aku nak pindah" kau kata okey , nanti kita pindah.. tapi kau tak buat pun .. kau memang suka bagi orang harapan then , biarkan macam tu je .. dulu-dulu boleh lah buat aku macam tu , aku bodoh lagi .. bukan nak kata sekarang aku dah pandai lah .. cuma sekarang aku dah boleh berfikir dengan lebih baik .. aishh .. tak patut lah nak buat aku macam ni kan .. dari kecik lagi aku perasan yang kau macam pilih kasih je kat aku .. mungkin kau tak rasa tapi itulah yang aku rasa selama ni ..

hey , aku dah tak boleh fokus lah belajar kat dalam rumah ni .. memang lah kau kata kau takkan marah kalau aku failed exam .. yeah , itu kata kau .. tapi aku yakin bila aku dah failed nanti mesti kau akan ungkit semua .. akan kata aku macam ni lah macam tu lah .. serius aku kata ! tension woo !! ye ah , macam mana nak fokus kan ? dengan kau yang suka meletus-letus . marah-marah aku , tuduh-tuduh aku , kutuk-kutuk orang.. haar .. kawan kau datang rumah then kau dan kawan kau mengumpat hei , kau dengan kawan kau tu same je lah ! haar .. bila aku tak belajar tau pulak nak marah ~ tapi ... grr .. ntah lah . aku pun tak tahu camne nak describe perasaan aku macam mana sekarang ni ..

aku tahu , luahan aku kat entry ni sangat melampau .. aku meng'aib'kan kau .. tapi tolong lah sekali faham aku .. aku betul2 nak pindah , aku betul2 nak berubah .. please sokong aku .. please sangat .. walaupun aku rasa aku ni memang sangat kurang ajar buatr macam ni kan , tapi maaf lah , aku memang dah tak tahu nak cerita kat sape . mujur aku ade blog .. grr ..serius masa aku tulis entry ni memang aku menangis .. yeah , sedih !

aku harap blog ni tak jadi tempat aku luahkan perasaan .. tapi akhirnya aku tewas jugak .. terpaksa tulis kat sini sebab aku sangat memerlukan tempat untuk bererita :'(

Selasa, 15 Februari 2011

Syafakillah

Hari ni cuti sekolah sempena Maulidur Rasul .
Aku bangun pukul 9.30 pagi .. teruk kan ? hm, nak buat macam mana tak larat lah . demam .. (alasan)

bangun2 je aku terus pegi bersihkan diri , lepas tu aku pergi ke 'stall' nasi lemak mak aku untuk mengambil sikit makanan untuk aku makan sebagai sarapan. Lepas makan aku tengok abang aku online . Lepas tengok abang aku online aku tengok tv cerite "kasih seorang Rasul" waa. .seronok .

Lepas tu , aku tengok "konsert malam sinar Maulidur Rasul" best . aku suke Yasin :) .. dalam pukul 5 setengah Faez datang rumah aku ajak pergi ke Slamba Cafe lebih kurang macam CC la kat taman perumahan aku ni.. Walaupun aku dah ade komputer + berukband di rumah .. aku tetap nak pergi CC sebab ..maklumlah aku pakai berukband kn ... line nye pun macam beruk lah .. aku online my deviantart accaunt dan memuatnaik hasil karya ku . yeah ..

Tiba-tiba .. aku rasa tekak aku ni gatal sangat.. aku try batuk sekali dengan cover2 sikit . Alamak , masih gatal lagi lah .. Takkan nk batuk kat tempat macam ni kot .. macam tak senonoh je .. aduih .. mata aku dah berair tahan tekak aku ni.. aishh . aku rase diri aku terok sangat tadi . then aku log out sume jenis accaunt .. dn bgi duit pada Faez lalu aku terus pergi luar dan batuk dengan puasnye
tapi .. masih lagi ta selesa ,. Haar :( macam mana ni .. ubat dah nak habis tapi tak sehat jugak :( sedih nye .. Alhamdulillah

Ya Allah , sembuhkanlah aku dari segala penyakit . Sesungguhnya Kau lah Yang Maha Mengasihani :) Ameen ..

Isnin, 14 Februari 2011

Maulid Rasul

Mari kita kembali dan mengingati di kala nabi kita Muhammad S.A.W dilahirkan
iaitu pada12 RabiulAwal , 20 April di Tahun Gajah ..

Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan di tahun Gajah, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sehat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.

Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. dari depan mata Siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.


Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad ketika dilahirkan tidak menangis seperti anak-anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anehnya.Sama lah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketika Allah memasukkan roh ke dalam badannya.setelah hidup dan bernafas, tiba tiba beliau bersin.


Suasana di rumah Abdul mutalib ketika siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.Sehinga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.

Di luar rumah Abdulah itu pula, berhala berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragam Majusi yang sejak di nyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.

Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.

p/s : di hari MulidurRasul hari ni ... marilah kita perbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad S.AW. :)

Khamis, 10 Februari 2011

Badluck . Alhamdulillah :)

Okey ..
Kisah bermula ketika aku balik dari sekolah ... Aku dan beberapa orang saingan aku pergi ke bustop dengan tujuan nak pergi basten naik bas yg lalu-lalang di area situ. Masa tu dah lebih kurang pukul 5 petang .. dalam jam 5.30 petang bas pun sampai .. aku naik dengan senang hati .. sampai je kat tempat duduk aku .. aku perasan ade segerombolan buku kat kerusi bustop tu .. mula2 aku tertanya2 ,, buku sape eik ? then , baru aku perasan buku tu buku aku .. :( aku mula gelabah .. aku turun dari bas di tampin square .. aku terus jalan laju2 ke KC di tingkat satu dengan niat nak beli purse ***o :) dah beli pun !! ;) then , aku lari2 pergi basten .. telefon mak aku .. mintak tolong jemput kat basten .. ouch ! mak aku kat pilah lah pulak .. mak aku kata Encik Izzul yg akan jmput aku .. aku okey je ..

Sekarang dah pun pukul 6.20 .. mane Encik Izzul ni ? perut aku dah berbunyi2 .. badan aku hari ni memang weak gile .. ta tau kenape :( ... then , aku bertekad untuk naik teksi .. aku pun naik ngan pakcik tu .. aku suruh lah die singgah kat bustop tempat buku aku tertinggal tu .. die kate die tambah caj lah .. OKEY ! pakcik .. saya tak kesah ! janji saya dapat buku saya ..

Then , da sampai kat rumah . aku kata kat pakcik tu .."kejap eh , saya pergi ambik duit jap" .. aku pun lari2 masuk dalam bilik nak ambik duit yg ada dalam tabung simpanan aku dan abang aku .. Ouch !! duit tu dah ta de ?? Hilang semuanye .. tinggal not2 yg kecik2 je .. mne yg not2 aku yg besar2 tu ?? Badan aku bertambah lemah .. sedih aku .. series memang aku menangis ! aku menangis bukan sebab aku sedih gile duit tu dah tade .. Kalau duit aku je yg hilang x pe .. ni duit abang aku sekali hilang .. Aish ! walaupun kami redho duit kami hilang . tapi kami tetap sedih .. sebab aku dan abang aku punya agenda masing2 dengan duit tu ..

Selepas itu .. dalam beberapa jam.. badan aku mula panas .. lemah .. bertambah lemah .. dan akhirnya demam ! YE AKU DEMAM ! grr .. Aku baring je kat sofa merun kat ruang tamu rumah aku .. mak aku pun dah balik dari pilah .. bagus lah .. tapi die pun mule berleter sebab duit aku hilang .. aku tunggu saat2 ayah aku balik dari berniage je ni .. bile abah nak balik ni abah ? Akhir nya .. dalam pukul 10.30 malam ayah aku pun balik ..Seronok .. ayah aku tengok aku selubung ... ayah aku rasa dahi aku .. memang tu pun kebiasaan semua org kan? kalau nak tau org tu demam atau x . rasa dahi die .. then , ayah aku tanye .. dah makan ubat ? aku jawab "belom" .. ayah aku pun pergi ke bilik die . die datnag semula ke tempat pembaringan aku tadi .. dan menyuap aku 2 biji panadol .. cehh .. sweet nye :)

Pagi tadi pegi klinik .. doktor tu suruh aku amek darah .. aku pun dengan rela hati ,, pegi amik darah .. aish . kadang2 aku rase klinik/hospital ni da macam dracula lah pulak .. HAHA ,

Ape2 pun .. aku harap aku cepat sembuh .. Ameen ..

dan , pasal duit . aku dah tak kesah sangat dah .. semoga org yg ambil tu dapat balasan yg setimpal .. dan semoga Allah ampuni dosa die dan memberi petunjuk kepada die ..

tak baik bersangka buruk kan ? jadi aku anggap duit tu aku salah letak ..

Taa~

Sabtu, 5 Februari 2011

Sekolah dan Cuti Sekolah .

Kenapa malas sangat ni nak pergi ambil buku dan pen dan buat kerja sekolah ?
Aduh , apa nak jadi lah dengan aku sekarang ni ?
Pemalas ! Yeah aku mengaku aku memang pemalas ..
Haha .. Dah lah kerja sekolah berlambak ..
Aku boleh tak kisah je ~
Sengal !!

Sekarang dah hari Ahad.. Cuti yg Jabatan bagi kat sekolah aku 1 minggu ..
Apa aku buat selama seminggu tu ?? Ouh .. lupa . abg aku masuk wad di PPUM hari isnin sebab nak operation hari Rabu .. Tapi tu tak boleh jadi alasan .. sebab aku bukan jaga abang aku kat wad pun -.-' ..

Jadi , sekarang macam mana ? Kala ni , aku masih menghadap komputer bermukabuku berblog .. Bila kerja sekolah nak siap kalau asyik macam ni ?? Haar .. aku harap aku boleh jadi kelawar malam ni .. dan aku harap tangan aku akan menjadi macam robot juga otak aku secekap otak orang2 pandai . haar .. boleh ke ??

pengajaran nya kat sini ...
:: Jangan tunggu last minute baru nak buat kerja .
:: Jangan nak cari banyak alasan lah ..
:: Lain kali , niat tu kena kuat . baru boleh jadi .

That's all ..

Baibai :)

Khamis, 3 Februari 2011

Glad and Sorrow

Okey !

Malam ni aku sangat gembira .. Boleh dikatakan tadi memang aku senyum tak terkatup lah .. Kenape aku gembira sangat ek ? Oh .. maybe sebab aku berjaya kuatkan hati untuk telefon 'Dia' kot ... 'Dia' tu baek sangat ouh .. kadang aku melted jugak bila mesej ngan die ni .. tapi , cover je lah ==' ... Walaupun sekejap .. cuma 2 minit lebih .. tapi aku sangat gembira lah .. Seronok nya :))

p/s : 'Dia' tu kawan aku okey .. jangan nak fikir lain ..

Kegembiraan aku nampaknye tak dapat dikongsi dengan Faez .. Selalunya Faez dan iela ada untuk dengar kegembiraan aku .. tapi kali ni cuma iela .. Faez dalam masalah ! Ouch ! macam mana nak tolong Faez ni ?? Masalah Faez agak besar ... salah cakap boleh terputus sillaturrahim .. Haa , aku juga terlibat dalam permasalahan ni .. Aduh .. tak elok lah gaduh2 kan .. kenape mesti nak gaduh .. kita kan kene UNITE as one Ummah .. tapi kene org tu suka gaduh2 pulak ... hm biarlah dia .. aku cuma boleh menidakkan dalam hati... kalau aku tegur nanti .. dikatanya aku penyibuk , ustazah dan lain2 ... dan kepada FAEZ ..sabar ye !

:: UNITE as one UMMAH
:: Setiakawan tu penting !

Sabtu, 15 Januari 2011

MANUSIA

bismillahi rahmani rahim .........

aku pasti semua yang membaca catatan-catatan sengal aku ni manusia..
kita tahu kita ni manusia , kita sedar kita manusia ..
aku juga sedar aku manusia dan aku tak pernah menafikannya ,
Sedarlah , kita ni bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang manusia dan yang pastinya
setiap manusia itu mempunyai akal.

Anggota badan kita ni anugerah tuhan yang nyata .. kita dapat free je anggota badan kita ni . lahir2 semua dah lengkap . sempurna .. kenape kite nak rosakkan ? hisap dadah , merempit . kenapa tak nak bersyukur . ALLAH dah kasi free , kite senang2 je rosakkan . Tapi kalau awek/pakwe kasi ..perggh , simpan lame2 , jage baik2 ,. tapi kalau dah clash kene pulangkan ? kene bakar ? hm ,, nauzubillahumin zalik.

Okey percayalah kita ni bertuah ( sehinggakan malaikat pun cemburu dengan kita ) sebab ...
  • kita ada akal ( haiwan & tumbuhan ada ke? )
  • ALLAH menciptakan kita dengan indah. Kita ni sebaik-baik kejadian. ( walaupun kambing pakai pendakap gigi sekalipun , rupe nye tetap tak seindah manusia )
  • kita ada IBU & AYAH. ( memanglah haiwan pun ade , tapi dorg kenal ke sape ibu ayah dorang? )
  • lahir sempurna ( akal & fikiran )
  • dilahirkan sebagai umat Nabi MUHAMMAD S.A.W ( mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak , boleh sujud kepada Allah di mana2 di muka bumi , dosa tak di azab di dunia )
  • boleh bersekolah ( walaupun ada yang tak bernasib baik )
jadi kepada semua yang rasa sekarang ni die sedang menyiksa diri , merosakkan tubuh badan sedarlah . kembali kepada TuhanMU . sesungguhnya Dia maha penerima taubat2 hamba-hambanya.

:: ni aku ulas balik ape yg aku dengar kat ceramah tadi :)

Sabtu, 8 Januari 2011

Antara Dua Darjat

ternyata pada zaman pascamoden ini . manusia masih lagi memandang pada darjat .
adakah orang yang melakukan pekara2 begitu mempunyai alasan yang relevan tentang sebab2 mereka memandang hina kepada orang miskin . perbezaan darjat pasti akan berlaku , kerana tak semua orang di dunia ini bernasib baik .
selain perbezaan darjat antara orang kaya dan orang miskin . terdpat banyak lagi perbezaan yang menimbulkan persengkataan, kemurungan , dan manusia akan berpuak-puak .
contohnya , jika di pusat pengajian , pelajar2 yang mendapat markah yang tinggi akan berkawan dengan yang mereka yang mendapat markah tinggi sahaja , manakala yg mendapat markah rendah disisihkan . pengajar2 juga akan lebih memandang kepada pelajar2 pandai itu sahaja. salahkah jika mereka yg mndapat markah yg tinggi2 belaka tu berkongsi ilmu dengan mereka yg kurang bernasib baik itu ? apakah ilmu itu sangat mahal bagi mereka ? saya sangat pelik dengang kejadian ini .
saya pelajar yang sentiasa mendapat markah medium . jadi , kami ini menjadi pemerhati kepada 2 kelompok ini . kami berada di tengah2 , kami berkawan dengan due-due kumpulan , walaupun terkadang yg pandai2 ni menghasut agar jangan berkawan dengan yg kurang2 tu . begitu juga sebaliknya.

bagi saya , pandai atau tidak bukan soal pokoknya . yg penting sahabat itu seorang yang setia kawan , saling bantu membantu , tegur menegur kesilapan dan prihatin .

STRAIGHT TO YOUR NOSE . orang2 yg pandai2 , kaya2 ni . Jangan nak mempoyo sangat lah kan. nanti dekat akhirat nanti ALLAH akan tanya , kenapa kau tak bantu orang itu sedangkan kau berupaya untuk membantunya . Apa kau nak jawab. Jadi , fikir-fikirkanlah before buat tindakan .


Rabu, 5 Januari 2011

Api

api membara ,
panasnya tak terkata ,
walaupun tak sepanas api neraka ,
namun bahangnya tetap ada .

api itu lawan ,
semasa kecilnya berteman ,
bermain bersama di taman,
pabila maraknya ,
lupalah api pada teman ,
dimusuhi pula temannya,
yang pastinya tidak berdosa apa-apa.

Mahmudahkah itu ?
anak kecil juga tau membezakan
mengapa tidak kita ?

kehidupan tak selalunya mudah ,
api-api akan datang merintang ,
membahangi kedamaian hati ,
membakar semua sillaturrahim ,
terkadang memusnah jiwa insani.

Mahmudahkah itu ?
anak kecil juga tahu membezakan
mengapa tidak kita ?