Jumaat, 4 November 2011

Sayang semuanya.

bismillahirrahmanirrahim,


| entri kali ini tidak sama seperti yang sebelumnya, di entri ini akan aku cerita kan tentang seorang rakan yang tak pernah lupa erti persahabatan dan tidak pernah putus memberi aku motivasi dan menegur aku.

Muhammad Airell Redzuan bin Ahmad Syaifulnizam. Nama nya, atau aku lebih selesa memanggilnya Duan, seperti rakan-rakannya yang lain. Dia lahir pada 25 September 1993. Memandangkan aku lahir pada 24 September 1995, kami selalunya akan menyambut ulangtahun bersama-sama. Dia berusia 18 tahun, Alhamdulillah, SPM nya lulus dengan cemerlang sekali dan cukup membanggakan.

Mama nya bernama Sara Salina dan babah nya Ahmad Syaifulnizam. Duan merupakan anak ke 3 dari 6 adik beradik. Yang sulungnya ialah Siti Sara Amira yang kini berumur 23 tahun dan alhamdulillah sudah pun bertunang dengan si pengarang jantungnya. Yang kedua, Siti Sara Afira berumur 21 tahun, masih belajar di satu institut pengajian di Singapura. Yang ketiga, dia sendiri. Yang keempat, Muhammad Airell Haffiz, berumur 16 tahun, sebaya dengan aku. Bersekolah di sebuah sekolah swasta di negeri sembilan. Seterusnya yang kelima, Siti Sara Kysara, berumur 8 tahun dan bersekolah di Sekolah Swasta juga. Yang terakhir, Muhammad Airell Haffique, berumur 5 tahun, dan masih belum bersekolah.

Aku kenal dia di sebuah kem motivasi yang aku hadiri ketika aku berusia 12 tahun di Seremban. Ketika itu aku sekumpulan dengannya dan dia merupakan seorang ketua kumpulan yang beribawa. Aku suka bekerjasama dengannya. Sejak dari itu kami terus berkawan, Alhamdulillah sehingga kini kami masih berkawan. Persahabatan kami bertambah manis apabila aku mengenali kedua ibu bapanya, dan mereka sangat baik kepada aku. Kami sering bersiar-siar bersama-sama. Seronok.

Dia pun mula memperkenalkan aku dengan kawan-kawannya yang lain, ternyata kami semua mempunyai minat yang sama iaitu BASIKAL, GAMBAR dan ANIME. Kami sering berkumpul dan bertukar pandangan, bertukar karya, bertukar pengalaman. Ya Allah, manisnya persahabatan kami ini hanya kami sahaja yang mengetahuinya.

Kami semakin akrab bila babah kepada Duan memberi kami rumah sewanya untuk dijadikan studio, tempat berkumpul, bengkel, gimnasium dan tempat kami menyimpan karya-karya kami. Rumah itu hanya rumah lot tetapi besar dan lamannya luas. Kawasannya redup dan nyaman, sesuai untuk kami melakukan aktiviti di luar rumah itu. Ohh ya, kami panggil rumah itu sebagai Chollic Low School. Kami akan sentiasa mengungkapkan 'S4' apabila berpisah dan bertemu. S4.. Saiyo Sakato Sahati Saraso. Itu loghat minangkabau, memandangkan kami semua orang Negeri Sembilan jadi kami gunakan itu. Maksudnya Seia Sekata Sehati Serasa. Dan apabila salah seorang dari kami ada masalah ungkapan itu bertukar maksud menjadi Susah Senang Sama Sama. Alhamdulillah, kami bahagia. Belum pernah masalah menjadi besar dan kami bersengketa. |

Kini, hari ini, masa ini, aku terlalu rindukan mereka. Kawan-kawan ku sayang. Hujung bulan ni, sebelum perjalanan panjang Fy bermula, Fy nak kita semua berkumpul di CLS. Fy rindu macam dulu-dulu, kita ride sama-sama, kita man basketball, macam-macam lagi kita buat. Fy rindu semua tu kawan. Kalau semua dah balik Negeri Sembilan nanti, silakan contact Fy ya. Dan Duan yang sentiasa di hati dan di minda, Jaga dirimu baik-baik, Jaga kesihatan, Patuh arahan doktor. Jangan miss apa-apa treatment pun tau. Fy tau Duan kuat, Duan hebat kan, Kita semua hebat kan.

FY SAYANG SEMUA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS