Isnin, 23 Januari 2012

Black Out

bismillahirrahmanirrahim,

Dalam pada semua orang belajar, menelaah menjelajah buku , bekerja keras. Aku terperuk di ceruk yang agak solok dari mereka. Memikirkan, memuhasabah diri yang sekian lama terpaling dari jalanNya. Dan tak pernah nak sedar yang aku akan menduduki peperiksaan besar hujung tahun ni. Takde satu orang pun yang menegur aku. Bagus lah, aku  pun nak sorang-2 sekarang ni.

Tiba-tiba aku rasa macam black-out dan ada satu lampu tersorot ke aku yang di ceruk tadi. Tinggi imaginasi aku. Aku pandang yang lain-2 dah hilang. Gelap. Aik? Apa dah jadi? Mana semua lari? Kenapa tak ajak aku? Duduk lagi aku sorang-2 kat situ. Lama, masih belum ada cahaya lain lagi.

Aku rasa poket aku. Haa, ada lilin. Dari mana munculnya pun aku tak pasti. Hmm, penyelamat aku tu. Ehh, ada lilin mancisnya pula takda. Macam mana? Terbantut lagi harapan aku nak keluar dari kegelapan tu. Aku kuatkan hati, aku bangun meraba-raba, jalan  perlahan. Agak lama juga, baru lah aku sampai di luar. Tapi masih belum terang, keadaan samar-2. 

Datang seorang, Tak pasti siapa. Menerangkan sesuatu yang membuat aku insaf akan ilmu adalah segalanya.

Katanya, ilmu itu cahaya kehidupan. Llilin yang tadinya di poket aku itu ibarat buku. Mancisnya adalah diri kita sendiri, sama ada mahu tekun membacanya atau sekadar simpan di rak buat hiasan. Tanpa ilmu, samalah macam keadaan aku tadi, teraba-raba mencari jalan. Sudah nampak jalan, samar-samar pula.

Cukup lah bermain-main lagi Fiza. Mula lah belajar. Takkan lah dah hampir waktunya nanti baru lah terbelek-belek buku. Susah lah. Semoga semua ini menyedarkan aku dan semua yang membaca. InsyaAllah. Aku harap kauorang faham apa yang aku cuba sampaikan.