Isnin, 20 Februari 2012

Biarkan.

bismillahirrahmanirrahim,


Sebelum apa-apa riwayat aku mulakan. Aku nak terangkan keadaan rumah aku.. Aku baru berpindah ke sini 2 bulan yang lepas. Keadaannya agak kurang selesa dari yang dulu tetapi alhamdulillah masih dikurniakanNya tempat tinggal untuk kami 3 sekeluarga. Selang sebuah rumah dari rumah aku , tinggal seorang uncle Cina yang dah agak tua tapi masih kuat bekerja. Kami panggil dia Apek. Apek ni macam dah kurang pendengaran sikit lahh. Sikit je, tak banyak.

Okay, let's go. Mari mula kan.

Satu hari ni, sorang kawan ayah aku datang rumah. Sembang-sembang hal kampung dan segalanya lah.. Apek ni pun tiba-tiba datang.. Then, kawan ayah aku ni bangun nak balik. Secara tiba-tiba. Ayah aku pun tanya lah,
 "Kenapa nak balik?"
"Cina ni mabuk, takut lah aku dengan dia"
Okay, mula-mula aku ingat ayah aku ni tak tahu Apek tu mabuk dan akan menghalau Apek itu keluar dari rumah aku ni.. Tapi , semua nya tak adi macam apa yang aku bayangkan. Malah ayah aku tegur perangai kawannya tu,
 "Dia nak mabuk, biarlah dia. Takkan kita nak halang pulak. Macam mana kita nak halang, kita layan je lah, dia tak kacau kita kan."
Kata ayah aku.. Lalu tambahnya lagi ,
 "Kita tak tahu apa masalah dia minum air tu. Dah dia datang ke rumah ni, dia sebagai tetamu, kita kenalah layan macam mana layaknya seorang tetamu itu dilayan. Okay ?"

ORITE, Abah memang power. Aku harap aku dapat warisi semuaaaaaa sifat mahmudah beliau ni. InsyaAllah.

notakaki: Bukan nak kata apa lah, cuma aku jadi malu dengan perbuatan awak yang seakan-akan memerli dia semasa di gig hari tu. Biar lah dia nak buat apa, kita tidakkan dengan hati saja. Jangan zahirkan kita tak suka. Remember this peeps, You can't control people's actions. All you can control is how you react to those actions.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS