Jumaat, 27 April 2012

'Hahaha'. Gelak ada tempatnya..

bismillahirrahmanirrahim,


"HAHAHAHAHAHA" Besar gelak kawan aku yang sorang tu bila diperjelaskan padanya tentang kepandaian atau kelebihan kawan aku yang sorang lagi.

Orang itu punyai kepandaian dan berniat baik untuk menolong orang sambil mencari rezeki barang sesuap dua..  Lalu, dengan tiada fikiran yang panjang kau terus mentertawakan dia. Ehh, dia ada usaha tau untuk dapat duit. Dia tak lah tunggu Mama, Papa, Ayah , Mak, Ibu, Daddy, Girlfriend, Awek, atau sesiapa pun lah bagi duit kat dia. Tak! Dia tak tunggu, dia usaha, dia ikhlas.

Oh, aku kena positif !!

Hmm, mungkin kau tak terfikir kalau kau di tempat dia kot. Okay, contohlah. Kau bijak bergitar. Kau dah kehabisan not. Kau pun pergi 'busking'. Lalu, kawan-2 kau yang kau harap bagi semangat, sokongan, galakan, ketawakan kau. Padahal kawan-2 kau tu lansung tak ada kena mengena dalam proses kau membuat keputusan untuk 'busking'. Haaa, bagaimana? Sakit tak hati ? Kalau tak sakit pun, terguris tu mungkin lah.

Ahh, maaf. Ternegatif juga !!

Dalam pada kau mentertawakan dia macam tu, aku telah nampak satu sikap yang 'erghhhh!' pada kau. Kau sendiri yang tunjukkan perangai kau. Kau sendiri yang mendedahkan sikap kau. Jangan salah kan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Salah kan aku? Boleh juga. Sediakan eviden secukupnya yaa!

notakaki: Aku harap, engkau berubah. Kau boleh. Tambahkan saja ketaatan dan ketaqwaan kau pada Allah, nescaya sifat-2 mazmumah itu akan hilang dengan sendirinya. InsyaAllah.

Isnin, 2 April 2012

Gundah

bismillahirrahmanirrahim..


Bulan lepas, pada tarikh yang aku kurang ingat. Telah diumumkan keputusan SPM bagi tahun 2011. Sungguh, memang bukan aku yang mengambilnya, tapi aku turut rasa berdebar kayaknya aku pula yang menunggu keputusan.

Alhamdulillah ramai yang berjaya. Alhamdulillah rating sekolah kami meningkat. Dan ini sangat menggusarkan aku. Yelah, kami perlu beat keputusan mereka. Ohh lupa aku ingatkan, aku di tingkatan 5 tahun ni mengambil aliran agama.

Itu di sekolah, belum lagi di kalangan keluarga, sahabat, banyak yang aku perlu lawan ni. Aku ni pula anak bongsu dalam keluarga. Memang aku lah harapan keluarga. Sebenarnya aku agak risau menjadi seorang yang diharapkan, kerana aku telah beberapa kali memusnahkan harapan orang. Harapan cikgu terutamanya, aku musnahkan semasa aku di tingkatan 3 dan 4.

Aku risau, dengan keadaan kesihatan aku yang kurang stabil ni. Ada saja kurangnya di sana sini. Aku tak dapat nak survive. Memang itu bukan alasan utama, tapi kalau dah tak sihat, tentunya tak hadir ke sekolah. Lalu, banyak yang aku tertinggal. Nak kena catch up banyak. Yang tingkatan 4 aku belum habis telaah lagi. Jadi, bagaimana?

Semoga saja Allah bisa membantu aku dalam aku sedang membantu diri aku. Jangan risau, aku tahu yang Allah takkan mengubah nasib seseorang kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Jadi, jangan risau, aku sudah pun mula berubah.

InsyaAllah, aku akan buat semua bangga dengan aku. Tak pandang rendah lagi pada aku. :)

FIGHTING !!!!!