Jumaat, 27 April 2012

'Hahaha'. Gelak ada tempatnya..

bismillahirrahmanirrahim,


"HAHAHAHAHAHA" Besar gelak kawan aku yang sorang tu bila diperjelaskan padanya tentang kepandaian atau kelebihan kawan aku yang sorang lagi.

Orang itu punyai kepandaian dan berniat baik untuk menolong orang sambil mencari rezeki barang sesuap dua..  Lalu, dengan tiada fikiran yang panjang kau terus mentertawakan dia. Ehh, dia ada usaha tau untuk dapat duit. Dia tak lah tunggu Mama, Papa, Ayah , Mak, Ibu, Daddy, Girlfriend, Awek, atau sesiapa pun lah bagi duit kat dia. Tak! Dia tak tunggu, dia usaha, dia ikhlas.

Oh, aku kena positif !!

Hmm, mungkin kau tak terfikir kalau kau di tempat dia kot. Okay, contohlah. Kau bijak bergitar. Kau dah kehabisan not. Kau pun pergi 'busking'. Lalu, kawan-2 kau yang kau harap bagi semangat, sokongan, galakan, ketawakan kau. Padahal kawan-2 kau tu lansung tak ada kena mengena dalam proses kau membuat keputusan untuk 'busking'. Haaa, bagaimana? Sakit tak hati ? Kalau tak sakit pun, terguris tu mungkin lah.

Ahh, maaf. Ternegatif juga !!

Dalam pada kau mentertawakan dia macam tu, aku telah nampak satu sikap yang 'erghhhh!' pada kau. Kau sendiri yang tunjukkan perangai kau. Kau sendiri yang mendedahkan sikap kau. Jangan salah kan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Salah kan aku? Boleh juga. Sediakan eviden secukupnya yaa!

notakaki: Aku harap, engkau berubah. Kau boleh. Tambahkan saja ketaatan dan ketaqwaan kau pada Allah, nescaya sifat-2 mazmumah itu akan hilang dengan sendirinya. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS