Rabu, 31 Oktober 2012

ManJaddaWajada!!


bismillahirrahmanirrahim,

Aku ialah pelajar tingkatan 5 SMK Tunku Syed Idrus.. Sedia maklum, 5 November 2012 bermulalah peperiksaan yang besar dan penting.. Sijil Pelajaran Malaysia.. SPM.. 
Persoalannya, adakah aku sudah bersedia? Aku sendiri tidak tahu jawapannya. 
Aku belum mula stuggling. Sepertinya, layak aku digelar bodoh sombong.
Tak sedar diri. Ya Allah, terangilah hatiku.. Lapangkan dadaku.. 

Peperiksaan selama lebih kurang sebulan ni insyaAllah aku akan sambut bagai pesta besar,riuh dan semarak. Sampai kamu pun dapat merasakan ada suasana peperiksaan dalam udara ruangan aku.
Inilah saat-saat sebenar seorang pencari ilmu membuktikan jerih payah belajar selama lebih kurang 12 tahun ini mendatangkan hasil setimpal, iaitu meresap nya ilmu tadi sampai ke tulang sumsumnya:)

"Ilmu itu bagai nur,sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu,supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

Siapa yang menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas, dia mendapat kehormatan sebagai mujahid,pejuang Allah. Bahkan kalau mati dalm proses mencari ilmu, dia akan diganjarkan dengan gelar syahid, dan berhak dapat darjat premium di akhirat kelak.

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik! Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertawakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepada-Nya, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini. Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal."

"Uthlub ilma minal mahdi ila lahdi"

Bi Taufiq Wa Najah!!!
Man Jadda Wa Jada...

adios amigos..
Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS