Ahad, 8 Disember 2013

Qalbi.

Malam tak berbintang. Sepi.
Sesepi hati yang tak berpenghuni.
Telah aku keluarkan dia dari hati ini.
Bukan di situ tempat sepatutnya dia.

Memandang kepada sifat hati itu sendiri, maka dengan beratnya aku keluarkan dia. Lalu aku tetapkan dia di dalam doa. Moga berkekalan hendaknya. Moga segala yang baik baik dikurniakan untuk orang yang sebaik dia.

Khamis, 5 Disember 2013

Berserah//Masalah

Hati aku ni kenapa lah kan? Kuat sangat sikap 'berserah padaNya' bila datang bab belajar. Semua nak berserah.. usaha sikit je.. pastu dah biar macam tu je.. Mohon lah ubah fiza. Awak makin lama makin tinggi sukatan pelajarannya. Ya, memang awak tak main main. Tapi jangan lah terlalu berserah. Bukan kah konsep berserah itu diawali dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan sesudah kau lakukan semua tu fiza, baru lah kau boleh tawakal....berserah padaNya.

Mohon diubah sayang. Kau menjunjung beribu harapan orang yang mencintai engkau. Mohon tidak dipunahranapkan.

Rabu, 4 Disember 2013

Mak.

Banyak kali digelar anak derhaka.
Banyak kali dihukum otak dan telinga.
Belum lagi cerita hati yang dah lama merana.
Bukan aku sengaja tak suka. Ye, aku akui.. gambar gambar dan kata kata yang selalu dihantar di laman laman sosial sangat menjengkelkan bagi aku.
Ya, sapa tak sayang ibu? Jujur dari lubuk hati terdalam diri yang kerdil ni.. Aku sayang mak aku. Mak yang melahirkan aku. Walaupun terlalu banyak sengketa antara kami.
Kamu yang tak tahu apa apa tu. Dalam tak sedar, kamu semua menyakiti hati dan mendera minda saya.

Mohon diam, kamu semua tak tahu apa yang aku lalui. Apa yang aku hadapi. Apa yang aku juangkan. Apa yang mak aku lakukan. Apa yang kami korbankan.
Terlalu banyak sebab untuk aku berlaku begini. Terlalu banyak alasan untuk beliau berkelakuan begitu.

Mungkin daripada tulisan ini, ada yang akan tafsirkan bahawa aku anak yang teruk. Tak mengapalah. Aku tak kisah. Aku dah lali caci maki orang. Aku dah kebal umpat kata orang. Aku dah biasa.

Jadi, kamu terus dengan hidup kamu. Aku terus dengan hidup aku. Jangan pedulikan aku dan aku sikir pun tidak akan kisah pasal kamu.

Sekian, sebarkan cinta.

P/s: Jangan risau aku tahu surga itu di bawah telapak kaki ibu.

Diabetes.

Mengenang nostalgia manis memang bahagia terasa.

Tapi manis manis sangat nanti diabetes pula. Sengsara.

Bersederhana. Jangan terlalu manis dan jangan terlalu terlalu. Sederhana.

Jimat gula.

Itu lebih bagus. Mungkin?

; motif? Hambar! Kbye!

"Dengan namaMu aku hidup dan aku mati"

Selasa, 3 Disember 2013

Malam Selamat.

Langit angkasa ku kelam.. suasana gelap..  cahaya yang aku lihat semuanya samar samar.. aku fikir mata aku yang bermasalah.. rupanya malam telah pun menyelimut siang..
sampai jumpa matahari ku.. izinkan bintang bercumbuan bersama bulan untuk sekejap waktu.. dengan ihsan cahaya dari kamu, matahari ku.

Malam ku selamat selalu. Selamat malam.
Dengan nama Kau, aku hidup dan aku mati.

Isnin, 2 Disember 2013

Anak Mengada

Kasih, terlalu banyak yang engkau korbankan untuk anak yang mengada ngada ni. Masa kau terbuang begitu saja. Kerja kau tertangguh setiap masa. Anak yang mengada tu jangan kau layan, kasih. Anak itu hanya menyusahkan hidup kau. Terpaksa kau berlari lari mengejar masa. Terpaksa kau berkali-bahagi dengan masa. Untuk anak yang mengada tu, tak payah kau manjakan kasih. Biarkan saja dia menangis. Biarkan dia merintih degil. Anak yang mengada tu sangat penting kan diri dia sendiri. Tak reti fikir agaknya yang kau masih banyak kerja di rumah, yang kau perlu dan sedang bekerja keras untuk dia. Mungkin dia nampak dan tahu. Tapi, apa yang anak mengada itu mahu saat itu, KAMU.
Terima kasih, kasih.

Ahad, 1 Disember 2013

Lapor Diri

Mula lagi satu perjalanan 5 bulan baru.. Ini yang terakhir untuk kali ini.. yup, 5 bulan ini yang terakhir..
*angkat kening*
Yea, semester baru. Semester ke-2 dari 2 semester.. terus maju ke depan jangan toleh toleh. Yang dah sudah...sudah. Yang kat depan ni pulak kita hadap. Tapi jangan lupakan yang kat sebelah. Jangan tindas yang kat bawah. Dan jangan ingkar dengan yang di atas.

Salam semester baru, tamhidians USIM 2013/2014. Besok, patik melapor diri.

Jumaat, 29 November 2013

Kanda.

Di petang yang permai, Kala anak anak lain bermain buaian, Seorang perempuan kecil terbongkok bongkok membasuh baju, Sesekali diusap pinggangnya yang lenguh. Ada juga rasa ingin berhenti dan biarkan saja baju berlonggokan. Tetapi fikirnya akan kasih dan cinta pada abangnya, Dia gagahi dan kuatkan diri. Perempuan kecil itu tidak lah sekuat mana. Baru cegak dari demam, Batuknya masih kuat, Hidungnya tak lekang dari lelehan hingus. Jijik. Selesai dia membilas. Dia siapkan pula abangnya yang ingin keluar berjumpa teman. Ahh, adakah lagi perkara paling bahagia di dunia selain melihat saudara atau orang yang paling kita cinta gembira? Disisir rapi rambut abangnya. Puas. Diketik beberapa foto tanda abangnya kacak bergaya. Abangnya berlalu pergi. Tinggal dia di rumah sendiri menanti.

Kini, dia masih menanti. Harap pasti abangnya akan pulang membawa kentaki.

Isnin, 25 November 2013

Barai lah kau sana.

Ye, mungkin memang itu engkau.
Dan masih tinggi lagi harapan aku untuk engkau tinggalkan semua tu.
Walau dah berkali harapan tu musnah.
Walau dah berkali hati aku pecah berderai berkecai.
Aku tetap berharap. Kau akan berubah.
Dan aku tunggu saat tu.
Ye, aku selalu salahkan kawan kawan kau. Sebab aku kecewa dengan kau.
Ye, mungkin juga aku tiada hak untuk menghalang.
Ye, aku tahu banyak kau sorok dan tipu. Tapi tak mengapalah. Kau kan suka pecah pecah barai barai. Sila lah.
Moga nanti kalau kita berpisah. Kau bertemu dengan gadis yang lebih kuat menahan hati. Atau mungkin bertemu dengan gadis yang sama minatnya dengan engkau. Barai barai pecah pecah.
Pergi lah sayang pergi lah.

Ahad, 24 November 2013

Pergi lah.

Pergi lah sayang,
Kalau telah ringan benar kakimu melangkah.

Pergi lah sayang,
Kalau telah masak benar otakmu memikirkan.

Pergi lah sayang,
Kalau telah berat benar kesalahan yang aku lakukan.

Pergilah sayang,
Pergilah.

Resah

Cuma satu ayat atau frasa,
Empat perkataan,
Penyedap hati yang gundah,

"Ya, aku maafkan kamu."

Meski berat,
Mohon kau maafkan aku.
Mohon kau maafkan aku.
Mohon kau maafkan aku.

Bintang

Bintang satu kepunyaan aku.

Diam di sana tinggal satu.
Memang itu yang aku mahu.

Cinta hati pujaan qalbu.

Rabu, 2 Oktober 2013

Maaf.



Mungkin kerana dari awal seketul daging itu tidak tulus dan hanya pada aku,
Mungkin kerana pada awalnya aku berharap terlalu tinggi,
Mungkin kerana seketul daging yang pada aku ni belum sebati dengan yang kau.
Mungkin kerana aku yang salah.

Atau mungkin, aku yang masih tidak boleh menerima masa lalu,
Atau mungkin, aku yang terbayangkan kisah lama aku akan berulang semula,
Atau mungkin, aku yang masih belum boleh menerima kenyataan yang kau bukan aku punya pada awalnya.
Atau mungkin, aku yang masih bersalah.

Mohon kau ketahui, seketul daging yang di sini hanyalah teruntuk diri kamu.

Jangan risau, aku boleh hadap semua ni sorang-sorang. Aku dah biasa paranoid macam ni.
Tapi aku mohon kau sabar. Sebab darah memang akan melambung-lambung naik. Dan hati akan sentiasa terbakar. Dan perasaan akan mudah tersentuh.

Mohon kau sabar. Mohon kau sabar. Mohon kau sabar.

Maafkan aku. Aku minta maaf. Mohon maafkan.

Rabu, 3 Julai 2013

the mouth in the heart.

Im sorry.

I want to talk to you.
I want to have a conversation with you .
I want to hear lovely words said by you.

But,

As you know,
My mouth.. is in.. my heart..

And my heart have been broken to pieces.

How can I speak?

I have thousands things to say but i can't.

Two words. I beg.

I'm sorry..

Rabu, 26 Jun 2013

Entry Mengada II.

Malam ini.
Aku duduk di luar rumah.
Pandang ke langit.
Hati aku malam ni tak secerah langit yang berjerebu.
Gusar. Gelisah.
Sejuk. Nyamuk menghurung.
Tapi aku tetap ingin di luar.
Entah apa yang menarik.
Aku tak tahu.
Dengan topeng muka yang sangat tak selesa.
Dan hoodie hurricane yang setia.
Aku tetap berdegil duduk di luar.
Apa sebenarnya yang aku nak ni?
Apa sebenarnya yang aku tunggu ni?
Apa sebenarnya yang aku cari ni?
Puas aku fikir.
Oh. Ini kesunyian.
Ini lah dia kesepian.
Yang selalu dicerita oleh orang yang ditinggalkan.
Haha. Okay. Aku tak ditinggalkan.
Cuma, ya aku bosan.
Abah ke Restoran Hijas dengan kawan kawannya.
Pie di bilik dia menghadap laptop.
Abang Yanto leka dengan handphone dia.
Aku? Duduk luar.
Aku pancing mereka KFC. Dengan harapan mereka berborak dan teman aku.
Tapi tak. Tetap sama seperti mula.
Aku duduk di luar lagi.
Tepat 12:30 tengah malam.
Aku masuk rumah. Capai handphone. Update entry ni. Tekup muka kat bantal.
Nangis.
Bye. Ya cuma nangis yang aku tau. Diam kau diam!

Isnin, 24 Jun 2013

Entry Mengada. :'(

Hari kedua aku di wad.

Malam ini. Aku tak tau kenapa. Aku nak nangis.
Entah apa yang aku fikir. Aku tak tahu.
Mungkin aku sunyi di sini.
Mungkin lah.
Tapi, tahun tahun dulu okay je sengsorang.

Hmm.
Jangan ngade ngade lah fiza.
I wish i have someone that can accompany me here.
Ini bukan depressed tau.
Ini aku tak tahu nak gelar apa.

Perasaan macam ni selalu sangat datang.
Tiba tiba.
Aku pun tak tau sebab.
Aku harap esok dapat balik.
Aku harap kejap lagi aku tenang.
Aku harap ada orang datang ke pembaringan aku dan bilang "Hey, aku lah orang yang kau tunggu tunggu tu!"

Siapa?
Entah. Aku tak kisah. Asalkan teman aku.
Please. Hmm.
:'(

Sabtu, 22 Jun 2013

From Noon to Night. (Supermoon)

22 Jun 2013..

Aku bangun jam 6 seperti biasa. *biasa herkk?*
ahh yang lepas lepas ni boring nak cerita.
okay...

Pukul 12 aku pergi pasar beli lauk. *ahakk! please percaya!*
terus pergi jumpa Puan Sarah Salina. Dia kata nak bagi harta lebihan.
Haha, ye aku terima not yang agak banyak tadi. Aduh.

Pukul 2 lebih sikit aku gerak ke bawah pokok. Kat mana bawah pokok ni biar aku je yang tahu.
Hahaha aku memang suka lepak bawah pokok ni sebab tenang. 
Tak lah tenang sangat pun. Tapi angin dan redupnya sangat mengasyikkan.
Aku tengah tunggu orang datang ni.
Hah! Sampai pun dia. Aboy. Aku tunggu dia. Kami memang nak jumpa hari ni.
Haa ni kan kami tengah jumpa ni.

Duduk lepak sekejap. Dan terus pergi studio, hantar kunci kereta kat Pie.
Kami terus pergi ke Mascom bayar bil broadband. 
Mascom tu dekat Pulau Sebang, so kami jalan kaki jelah..Heee.

Okay lepas tu kitorang buntu nak pergi mana. Aku ikutkan saja kaki ni. Mana dia nak pergi, pergi lah. 
Tapi biarkan kaki ini tetap dengan kakinya, mengikut, bersama.
Kaki kami terus melangkah sambil aku terus berfikir. Yaaaa! Aku nampak KFC. 
Hehehe, "Aboy, jom gi KFC".. 

Kitorang order yang ringan-ringan je sebab aku dah makan tengahari. Aboy belum. Tapi dia tetap degil nak makan yang ringan-ringan ni jugak. Hmm, aku order cheezy wedges 2. Air Tropicana Twister Orange 1, Milo 1. Hahaha, Aboy tak boleh minum masam-masam. 
Aboy angkat dulang tu naik atas dan cari tempat duduk. Aku cari je lah topik nak borak. 
At last! Aku teringat pasal link Despicable Me (2010) yang aku jumpa hari tu.
Berbekalkan wifi KFC, aku buka cerita tu dan kami tengok bersama. 
Okay aku memang akan gelak over teruk sikit kalau tengok cerita ni. Aboy, maaf memalukan kamu.
Hahaha. Dalam pukul 6 gitu kitorang pun balik ke rumah masing-2. *Ahh fiza! kau balik rumah lah sangat!*

Okay, aku tak balik rumah. Aboy, ya, dia balik. Dia ada kerja. Apai dan Akem jemput aku dan pergi ke kolam. Haa abang aku tengah syok2 mandi manda. Aku namoak motor Syuk. Haniz yang bawak. Hehehehehe. "Haniz, aku nak bawak motor, kau naik kereta, boleh?"

Aku pun pergi isi minyak motor si Syuk ni dan terus ke rumah. Eh eh jap, ada whatsapp. Ahhh Akem. AKu ingat Aboy. Hmm, Ehhh! Diorang pergi pasar malam! Ciss. Tak leh jadi ni. Aku patah balik dan terus ke pasar malam. Lepak lepak lepak. dan terus ke Dataran Tampin.

Dalam jam 8 lebih lebih gitu, Aboy sampai kat dataran. So dari dataran, aku dengan Aboy berjalan kaki ke pasar malam. Alahh dekat je pun! Pusing pusing pusing. Beli semua yang diorang pesan. Balik ke dataran semula. Minum minum minum. Dan yahh! Aku teringat pasal bunga api kat A'Famosa.
Hehehehehe. "Pie, Iza nak gi jalan jalan boleh?"
Hehehehehe, "Aboy, jom pergi jalan jalan."

Dan kami pun bergerak ke A'Famosa. Aboy drive. Aduh! Aboy lalu funfair weh! Aku paling takleh ah tengok natang pusing pusing macam Eye On tu. Dengan bulan yang tengah mengalami fenomena Supermoon. Hehehehehe. "Aboy, nak pergi funfair, nak main benda tu, boleh?"

Yaa, kitorang pi beli token, dan naik natang tu. Perghhh, lagu best pulak. Lagu I'm Yours dendangan Jason Mraz. Aduhh jangan ah romantik sangat. Hahaha. Tak. Kitorang kool. Heh heh heh. Kesian aku tengok Aboy ni kena layan perangai aku yang astaghfirullah al azim.. Bulan lawa sangat weh. Aku suka benda benda gini. Serius. Siapa kenal aku dari dulu. Dari zaman angan-angan, sampai lah impian bakal dikecapi dan cita citaku musnah, mesti dia akan faham. Haaa habis pun benda ni pusing pusing. Woahhh! Happy woihh!

Kami teruskan perjalanan ke A'Famosa. Kitorang sampai awal. Jadi kitorang ronda ronda dulu dalam A'Famosa tu. Ehh, dah nak mula ni. Kitorang terus cari parking dan tunggu. 
"5... 4... 3... 2.. 1...." jerit host tu.. daaannnnnn...
puff ! puff pufff! puff ! puff puff puff! kebushhh! kebabooom! puffff!!
hahaha, lebih kurang gitulah bunyi nya. Perghh, ya, aku minat sangat dengan pertunjukan bunga api.
Tapi aku takut nak main. Bahaya woih. Lepak lepak lepak lepak.
Dan kami pun balik.

Haaaa, sekarang kat rumah dah.

"Abah, dalam ramai-ramai tu.. Aboy je iza paling rapat.."
"Kenapa?"
"Tengok lah tu.. Dia diam.. Tak macam yang lain.."
"Tu sebab dia orang solat"
"Ohh. Okay"

Hee, abah macam suka je. Kahh! Kbye.


Ahad, 12 Mei 2013

Muda?

bismillahirrahmanirrahim,

bercerita tentang hidup,

 masih banyak yang belum aku ketahui.

terlalu banyak "kenapa" yang perlu dijelaskan.

terlalu banyak tanda soal.

pandang ke masa depan, berangan, bermimpi,

keluar pula pertanyaan "bagaimana"

bagaimana mahu jadi begitu kalau sekarang aku begini.

haha.

aku takutkan masa depan,

takut nanti semua yang manis sekarang akan hilang,

macam milo ais, mula mula sedap, dibiar lama menjadi tawar.

haha. apa kena mengena ?

aku masih muda untuk menilai kehidupan.

kbye.




Jumaat, 19 April 2013

Satu. Kamu.

bismillahirrahmanirrahim,

Satu.

Tiada dua. tiga. empat. dan seterusnya.

Cuma satu.

KAMU.

Satu.

Setia.

Kepada pencinta yang dicinta.

KAMU.

Jaga diri mu baik-baik,
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.
sayonara,
xoxo fza.

Khamis, 21 Mac 2013

Alhamdulillah,

bismillahirrahmanirrahim,

21 Mac 2013,
Keputusan Peperiksaan SPM 2012 diumumkan.

Seawal jam 10 pagi aku dan Pie sudah berada di sekolah..
Sengaja aku suruh abah tinggal di rumah dan menyusul kemudian..
Sesampainya di sekolah, aku dan pie terus meluru ke kantin..
Lapar huiii.. kebetulan kontraktor kantin Abang Malik :)

Jam 12 tengah hari..

"Semua pelajar SPM 2012, sila masuk ke dewan sekarang"

Ya, kami dijemput masuk ke dewan, acara akan bermula..
Aku capai telefon di poket seluar dan mendail nombor abah..

"Hello, Assalamualaikum Abah, keputusan dah nak keluar ni, abah datang lah :)"

Aku ajak Pie ke dewan.. Tapi agaknya mungkin kerana malu, Pie menyuruh aku pergi dahulu biar nanti-nanti saja dia menyusul. Aku sekadar mengangguk. Dalam hati dah gelabah gila ni.
Aku masuk ke dewan dan duduk.
Tak lama selepas tu, aku nampak satu kepala tertinjau-tinjau ke dalam dewan..
Aku kenal kepala tu, aku kenal baju tu..
Abah dah sampai :)
Aku tunjukkan ke abah kantin.

Selesai pengetua berucap, keputusan 20 pelajar cemerlang diumumkan..
Tahniah kepada yang dapat straight A..
Aku bangga dapat kawan macam kauorang..
Sorang-sorang kawan seangkatan aku naik ke pentas..
Ada yang naik bersama ibu bapa :)
Bahagia.

"Seterusnya, Noor Hafiza Binti Yusran" kata pengerusi majlis..
Aku terdiam.. Sahabat-sahabat di setiap penjuru mula bising dan menepuk-nepuk aku..
Aku pandang abah dan Pie di luar.. Mereka tersenyum.. Aku pun senyum..
Aku daki anak-anak tangga pentas itu dengan berhati-hati..
Cikgu Zul meminta abah naik ke pentas..
Ya, ini pertama kali aku naik ke pentas dengan Abah..
Senyuman abah.. Ya Allah, seronoknya aku tengok senyuman tu..
Aku pernah tengok senyuman ni..
Masa Hari Graduasi SMKTSI oktober lalu..
Masih dalam keadaan yang sama,
Aku naik ke pentas.. Bezanya, hari ni aku naik dengan abah..

Aku salam pengetua.. Masih belum melihat keputusan.. Aku turun ke pentas..
Aku keluar dari dewan, aku cari Pie.
Pie, antara orang yang sangat penting dalam hidup aku, selepas abah.
Dia yang selalu memberi semangat, menguatkan aku, memotivasikan aku..
Semuanya dia lakukan :)
"Pieeee! Betul lahh Pie kata. Iza dapat 7A" pie senyum..
Pie memang dari awal dulu dengan yakinnya dia target aku dapat 7A..
Aku yang kurang keyakinan diri ni cuma target 5A saja..

Ya, aku berjaya mendapat 4A 3A- 2B 1D.. Alhamdulillah.

Ikutkan hati, nak saja aku peluk dua insan yang berjasa tu..
Tapi ego ni ter-tinggi pulak. Malu lerrr. Orang ramai. hehehe :P

Abah, Mak, terima kasih untuk semuanya..
Ini hadiah terawal iza untuk abah dengan mak..
Nanti iza cuba bagi lagi ya. :)

Cikgu, terima kasih atas ilmu yang cikgu beri..
Saya harap keputusan ni dapat membanggakan kalian..
Jumpa lagi..

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah atas limpahan kurnia-Mu..
Terangilah jalan ku kepada-Mu..

Jumaat, 8 Mac 2013

Cinta.

bismillahirrahmanirrahim,

Aku akhiri 6 Mac aku dengan bahagia sekali.

Terima kasih insan yang diangkat dirinya bergelar kekasih.

Aku yang mengangkatnya, kami.

Cinta itu datang dengan sendirinya.

Jangan dipaksa. Tidak perlu dipaksa.

Kita tunggu. Sabar.

Meskipun penantian itu sebuah penyeksaan,

tapi percayalah, di akhirnya pasti ada pelangi.

Macam aku dengan dia.

Didiamkan. Dipendam. Diluah.

Dan kami sedang meniti di kaki pelangi.

Aku harap kami sempat sampai ke puncak.

Dan gapai bahagia abadi.

InsyaAllah. Mohon didoakan. Hahahaha!

Jaga diri mu baik-baik,
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.
sayonara,
xoxo riddlefy.


Selasa, 26 Februari 2013

Tapi.... Ergghhhh!

bismillahirrahmanirrahim,

Aku telah melihat hari yang cerah, indah, meriah...

Tapi.. Aku juga pernah melalui hari yang kelam, kusut, serabut..

Iya.. memang aku takkan pernah bisa mendapatkan apa yang aku inginkan..

Tapi tak mengapalah..kerana aku sudah mempunyai semua yang aku perlukan..

Aku bangun dari tidur pagi tadi, dengan sakit-sakit dan luka-luka silam..

Tapi syukurlah, aku masih bangun..

Mungkin..hidup aku ni tak sempurna..

Tapi... tak pa lahh. Asalkan aku bahagia !!!

psstt : (Dan aku harap.. Esok, aku masih tetap bangun..)

Selamat malam para-para..
sayonara,
xoxo riddlefy.

Isnin, 25 Februari 2013

Acah-acah. (Hambar)

bismillahirrahmanirrahim,

"Aku lahhh penyelamat bumi. Hahaha" Jerit si acah-acah power rangers merah.

Lalu di tanya oleh orang-orang dengan acah-acah ghairahnya, "Wahai power rangers merah, apakah yang telah kau selamatkan.. Ceritakan lah pada kami."

"Kalau aku ceritakan, pasti kalian tidak akan percaya! Aku lah wira sejati" dengan angkuhnya, si acah-acah power rangers merah menjawabnya.

"Hikayatkan lah pada kami. Jika apa yang kau ceritakan lebih dahsyat dari apa yang kami lihat, kami tetap akan mempercayainya" orang-orang itu tetap acah-acah ghairah.

"Sungguh, apa yang kalian lihat, tidak sama sekali dengan apa yang aku lalui." power rangers merah berhenti bercerita.

"Pasti kau lagi hebat bukan. Kami tahu kau memang hebat" orang-orang menjadi acah-acah tidak sabar.

Kemudiannya, mereka terus hidup dalam keacah-acahan. Sandiwara. Penipuan. Wira yang dianggap sejati sebenarnya pecundang. Si acah-acah power rangers merah terus diagungkan. Power Rangers Merah sang wira yang sebenar dilupakan. Payah.

Hambar.

sayonara,
xoxo riddlefy.

Khamis, 21 Februari 2013

A whisper to my liver.

bismilahirrahmanirrahim,

Izinkan aku,
bisikkan pada hati.

"Wahai hati ku sayang, bersabarlah engkau selagi mampu, jangan kau kejar benda yang mustahil. Jangan kau idam apa yang tak nampak di mata. Hadap saja semua seadanya. Hati, aku tak mahu kau berkecil. Jadi, untuk itu, harus aku tegaskan pada kau, Jangan berharap tinggi. Jangan tinggi sangat. Nanti kalau kau jatuh. Tiada siapa yang akan menyambut. Kau yang kena tahan sendiri sakitnya. Kau faham kan apa yang aku katakan ni, hati?"

kata-kata ni,
akan terus aku katakan.
Terus dan terus dan terus.
Semoga hati aku kuat.
Sekuat Tiger.
Atau mungkin lebih kuat?
Hehehe, insya Allah.

Jaga dirimu baik-baik,
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
xoxo,
-riddlefy-

Selasa, 19 Februari 2013

Heyy boy, I love You.

bismillahirrahmanirrahim,


Hati,
kau kenapa?
jatuh pada yang tak sepatutnya.
kau tahu dia kawan baik kan?
degil benar hati ni tak nak dengar kata.
Hati,
aku mahu kau terus kuat,
diam tanpa kata, bukan bisu,
cuma diam, berdiam.
aku bukan apa, aku cuma takut,
bila terjatuh dengan kawan baik,
kelak berpisah jadi orang asing.
Hati,
jujur aku mahu dia,
jujur aku suka sayang cinta dia,
jujur juga aku masih muda untuk bercinta.
Jadi, hati,
sila jaga dan kawal perasaan,
Biarkan dia gembira dengan kehidupannya,
bersedialah kita untuk sengsara menahan rasa,
Menahan hati bukan mudah,
tapi takpa, aku cuba.
Hati, bantu aku ya.

sayonara.
xoxo riddlefy

Rabu, 13 Februari 2013

Mahu Ragu.

bismillahirrahmanirrahim,


aku tidak sekuat kamu,

aku tidak sepintar kamu,

aku tidak setangkas kamu,

aku tidak secantik kamu,

aku bukan pilihan hati kamu.

dia tegaskan semula "tidak. bukan."

Hmm....

"mungkin jika kita bersama nanti,

semua yang tidak dan bukan,

hilang,

kita sama,

tiada lebih tiada kurang,

sama kalau bersama"

giliran aku pula bentakkan "mungkin. kalau"

Huh!!

ps: Mahu jangan dipendam, Ragu jangan dibilang.

jaga dirimu baik-baik
assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ahad, 6 Januari 2013

Empat mata Dua hati..

bismillahirrahmanirrahim,

Apa yang ingin aku taipkan disini..
Ialah rasa hati aku..
Tatkala famili sedang asyik menonton AJL..
Sementara perut menghadam durian yang baru dimakan..

Post ini untuk awak.. sahabat..

Awak,
Serius saya tak kisah awak nak bawak mana kawan awak pun masuk dalam chatbox..
Tapi please, awak fikir lah.. Saya bukannya patung..
Saya masih lagi manusia yang mempunyai hati dan akal..

Awak,
Awak tahu tak.. Saya ni punyalah nak excited nak borak dengan awak..
Awak kan jarang online.. Jadi faham-faham lah perasaan sahabat ni..
Ohh, mungkin awak tak faham kot..

Awak,
Saya minta maaf kalau kata-kata tadi buat awak sakit hati..
Tapi maaf sekali lagi sebab saya dah terguris hati dulu..
Susah kan nak selesaikan masalah hati ni...

To Mr.I :) Sahabat yang terbaik bagi saya..
I love you, friend.
And I am sorry ^_^
Hehehe..

Adios Amigos.
:*


Selasa, 1 Januari 2013

Bunga api di hati. Happy new year!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Salam 2013!!!! Yeahhhhhh !!! May this year bring you happiness..
Aku mulakan tahun baru aku dengan senyuman..
Senyuman yang sehingga pagi ini belum lagi hilang..

Ahh.. Hmm..

Pertama kali aku berjumpa dengan dia pada 1 April 2012..
Itu pun cuma sekejap.. Tak sampai 10 minit..
Lebih kurang satu jam selepas masuknya hari pertama untuk 2013..
Aku berjumpa dengan dia buat kali kedua..
Di Kompleks Sukan Rakan Muda, Mont Kiara..
Meskipun terpaksa melukakan hati orang lain...
Aku tetap ingin berjumpa.
Hak berjumpa hak kami!

Ecehhh...

Tak lah.. Mana ada lukakan ke apa ke.
Mengarut semuanya tu.
*gelak jahat*
Aku cuma gembira..
Meskipun kami bukan siapa-siapa ..
Tapi kami masih berkawan..
Alhamdulillah..

Haihhh..

Macam tau-tau saja aku akan merindu.
Dia berikan sedikit tanda peringatan..
*jelir lidah juling mata*
Seronok lah kan..
Bukan senang nak dapat barang dari orang..
Dah lah jarang jumpa..
Itu saja..
Takde angau ke apa ke.. Takde.. Takde..
Tak perlu kepada tu semua..

Brrrrr..

Kesimpulannya aku gembira..
Biarkan mereka mahu kata apa..
Lantakkan mereka mahu fikir apa..
Aku sudah penat diatur ..

Ooopppppssss.. *tutup mulut*

Maaf....
Over gedik kan!!
Adoiii.. Entahlah tak tahu dah..
Speechless tauu!!

Adios Amigos..
Jaga dirimu baik-baik..
Sayang awak semua..