Jumaat, 5 Disember 2014

Tak patut

Aku tahu aku tak patut,
Aku terlampau sayang kawan,
Dan kamu dua kawan aku,
Aku tahu aku tak patut.

Ahad, 9 November 2014

Sayang kawan.

Aku pun ikut runsing fikir masalah yang bukan masalah aku. Akhir akhir ni makin banyak masalah yang bukan masalah aku yang secara tiba tiba aku macam terikut untuk fikir kan bersama.

Bagi aku, tak apa kita cuba. Cuba dulu. Yang depan2 kita tak tahu apa. Kita jalan je dulu. Mungkin depan tu pelangi, mungkin depan tu gaung.  Yang aku tahu, kalau depan tu gaung, dalam mana pun, pasti ada cara selamatkan diri. Kau tahu, tak ada ujian akan berat lagi dari kemampuan kau. Rezeki tak selalu kita nampak, mungkin yang ini yang terbaik untuk kita. Jangan pernah mencari kesempurnaan, Sungguh Dia lah yang paling sempurna. kalau ia berakhir menjadi benda tak baik atau gagal, fikir balik masa awal2 kita menggerutu tak dapat rezeki ni.

Jangan cepat sangat menyalahkan bila kita susah. Masa kita tengah susah lah waktu paling tepat nak balik pada Dia. Eh jangan ingat waktu senang tak perlu balik. Wajib tiap masa, cuma bagi yang selalu terlupa macam aku. Ya, waktu susahlah kita baru ingat Dia yang sentiasa beri nikmat pada kita.

Ingat semua kenangan manis, terus positif. Dia lebih tahu sedangkan kita tak tahu apa apa.

Ahad, 5 Oktober 2014

Titis

Titisan ini yang akan menguatkan.
Titisan ini yang akan diceritakan.
Titisan ini.
Walau berdarah dan pecah.
Tetap tidak merubah apa yang tertulis.

Isnin, 1 September 2014

Hati batu.

Meratap lemah potret bisu kau dan aku.
Menangis sayu nukilan cinta buntu.
Kata cinta semua indah hilang lenyap belaka.
Bermanis mesra tak pernah hilang di minda.
Bergelak tawa tak pernah luput di jiwa.
Apa yang aku rasa kini semuanya tak sama.
Hilang kelam terus terhambat di tanah nan datar.
Apa kurangnya kita dengan lainnya?
Apa salahnya kita bermadu cinta?
Apa peliknya jika cinta berbunga-bunga?
Telah kita pacak batu di tapak binaan kita.
Kata orang masjid yang dirancang sudah mula dibina.
Sedikit demi sedikit makin nampak bentuknya.
Tetapi, kenapa makin hampir siap semua makin hambar hubungan kita?
Apa jadi pada projek projek megah kita berdua?
Apa jadi pada hati hati kita?
Masih terpaut kah atau sudah mati dilanggar 'broza'.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Stoned lagi.

Akan ku tampar muka kau yang mengingkari janji kepada diri sendiri di hadapan aku itu. 
Memang itu bukan masalah aku, bukan cebisan kain aku yang terkoyak.
Tapi aku sedih dan terbeban, terpaksa bertanggungjawab mengingatkan orang yang tak pernah kasihan kan dirinya. Tak pernah kisah kan peri hal dirinya. Tak pernah kisah tentang hati dan perasaan dan cerita orang yang lainnya. 
Atau secara kasarnya, penting kan diri sendiri. Terkadang selalu juga dia memikirkan hal hal yang negatif tentang orang lainnya termasuk aku juga terkena.
Tapi tak mengapalah, muga dengan diperlihatkan aku feel sebegini dapat pula aku mengambil iktibar darinya. Syukur semua.

Jumaat, 27 Jun 2014

Lain. Hambar.

Hari ni semua terasa lain.
Bangun tidur tekak rasa lain.
Makan tadi nasi rasa lain.
Sambal rasa lain.
Badan rasa lain.

Whatsapp dengan aboy, pun lain.
Aboy lain.
Aku lain.
Hari ni sangat lain.

Hari ni hari baru kah?
Hari ni tak sama kah?
Tapi hari ni hambar.
Se-hambar hati ni bila aboy macam nak tak nak je mesej aku.
Okay bye.

Moga bahagia bersama teman2 mu sayang.

Ahad, 15 Jun 2014

Sari and her McD

She is tired and exhausted. The only thing that she can do is scrolling her timeline. Suddenly a picture of the luxurious Mc Donald came out. She looked at the name of the person whom uploaded this food of heaven.. It was Shah.. Her classmate.. She sent a message too Shah. "Dude, can you please treat me that McD bruh.. Lol. Jk" she was hoping but she did not expect to much from Shah. A minute later, Shah replied "okay, gimme 30 minutes and u can enjoy your meal" .. Ermm i'm lovin' it.. 
30 minutes later.. "Oi come backdoor. Dont u want your McD girl?" 

Thank youuuu.. She screamed.. 

We eat the McD together. Sari said "Shah I love you" i want to tweet about this.. But Sari didnt allow me to.. Hehehe..

Btw, thank you everybody for cheering me up.. I've been frown for this whole day.. Thank you Aboy.. I love you sayang..

Rabu, 11 Jun 2014

Makan.

Dalam ruang makan kecil ni,
Aku duduk semacam mana org perempuan tak sepatutnya duduk.
Bau bau makanan menusuk ermmmm sedap nya bau.. Aku pandang satu persatu manusia manusia disekeliling aku. Semua muka bercahaya penuh ilmu, ada yang baru buang isi otak dia dalam tong sampah.. Ada yang penuh sarat sampai serabut macam di kompleks kompleks membeli belah yang sarat dengan manusia yang menyembah jenama. Ada yang happy dengan kawan macam budak dapat jajan. Lepastu aku terfikir, apa kau dapat tengok tengok orang. Apa aku dapat hakim hakim kan orang. Baik aku makan kenyang perut terima kasih dhaniah. Salam cinta dari negeri yg dibenci kerajaan.

Selasa, 13 Mei 2014

Baby Kenari

Baby Kenari tak jadi RIP.
Baby Kenari tak jadi pergi.

Kenari kan? Jauh mana terbang burung, akhirnya singgah di belakang kerbau juga.

Terima kasih pencuri sebab jagakan baby kenari.

Rabu, 16 April 2014

Serabut sangat ke kau?

Awak fikir awak dah cukup serabut?
Cuma kerana mak marah lambat beli barang?
Fikir lah.
Dengan muka awak yang serabut, dan kelakuan yang kelam kabut... boleh buat orang lain berjangkit serabut sama.

Cuba tenang.
Aku pun serabut.
Mereka kata aku selalu salah dalam membuat keputusan.
Tapi macam biasalah, aku selalu kata aku betul dan aku buktikan.

Contoh; diorang kata kalau aku selalu lepak malam aku gagal SPM.
Aku kata diorang salah. Dan SPM aku boleh dikatakan cemerlang.

Cerita pasal serabut dan salah buat pilihan...

Aku pilih untuk keluar dari IPTA dan pergi IPTS.. Mereka kata aku salah. Dan di sini aku akan buktikan aku betul.

Dan yang aku serabutkan, mana duit nak aku cekau untuk bayar yuran.

Sabar aku sedang usaha. Korang semua jangan nak serabut serabut depan aku. Nanti aku tunjuk serabut aku menggagau korang cari pelindung kang.

Bye.

Jumaat, 28 Mac 2014

Masih

Terkadang kau sangat menyebalkan...
Sakitkan hati aku tu dah memang macam kerja rasmi kau.

Tapi bebal mana pun kau..
Harus aku akui..
Jauh di satu sudut terdalam hati ni...
Ada kau.

Masih, aku cinta.

Isnin, 24 Mac 2014

Sabtu, 22 Mac 2014

Titik.

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............

Titik titik lama lama jadi garisan.
Sudah sudah sampai bila macam tu juga.

Jumaat, 14 Mac 2014

Bodoh lah tu.

Dah kata dah pijaaa oiii.
Dah tak bijak.. diam diam saja..
Jangan mengada nak acah2..
Kan dah malu sendiri..
Tengok orang bijak pandai tu..
Disimpan diam.. lama2 dia yg hebat..
Nampak tak bodohnya kau pijaaa oiii..

Sabtu, 8 Mac 2014

RIP BABY KENARI

Baby kenari hilang.
Alhamdulillah bukan aku atau nyawa aku.
Syukur.

Jumaat, 28 Februari 2014

Tinggal

Buku sekolah..
Selalu dan sengaja ditinggal-tinggalkan..
Hanya yang benar benar cinta..
Menggendong mengusung menggalas semuanya..

Sama seperti aku..
Yang selalu dan kadangnya sengaja ditinggal-tinggalkan..
Hanya yang benar benar cinta..
Memimpin menuntun mengiring aku apa adanya..

Khamis, 13 Februari 2014

Denggi

Di bawah cahaya spotlight aku tertunggu tunggu.

Mana abang market bawah ni? Aku nak topup ni.
Mana bif aku ni? Rindu hampir tak dapat aku kendali ni.

Sorang sorang aku sepi.
Gelap gelap aku sendiri.
Harap tak kena denggi!

Xoxo, Fy.

Rabu, 12 Februari 2014

Menungan.

"Saat dunia berhenti berputar..
Saat manusia tak mampu lagi berharap..
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji..
Menyinari dunia yang telah kau singgahi.."

Petikan lirik lagu yang selalu buat aku termenung.

Tak pernah dapat aku bayangkan saat waktu semua ni berlaku. 

Semua kebiasaan yang aku lihat..
Semua sunnatullah yang maha agung tak lagi dapat aku lihat..

Matahari terbit di barat..

*istighfar*

Sungguh, belum cukup amalku. Belum kuat imanku.

Moga sentiasa kita diampuni-Nya dan berada di bawah lindungan serta rahmatnya.