Isnin, 1 September 2014

Hati batu.

Meratap lemah potret bisu kau dan aku.
Menangis sayu nukilan cinta buntu.
Kata cinta semua indah hilang lenyap belaka.
Bermanis mesra tak pernah hilang di minda.
Bergelak tawa tak pernah luput di jiwa.
Apa yang aku rasa kini semuanya tak sama.
Hilang kelam terus terhambat di tanah nan datar.
Apa kurangnya kita dengan lainnya?
Apa salahnya kita bermadu cinta?
Apa peliknya jika cinta berbunga-bunga?
Telah kita pacak batu di tapak binaan kita.
Kata orang masjid yang dirancang sudah mula dibina.
Sedikit demi sedikit makin nampak bentuknya.
Tetapi, kenapa makin hampir siap semua makin hambar hubungan kita?
Apa jadi pada projek projek megah kita berdua?
Apa jadi pada hati hati kita?
Masih terpaut kah atau sudah mati dilanggar 'broza'.