Jumaat, 20 November 2015

Gagal menang

Sejak akhir akhir ni. Banyak betul post pasal bagi semangat pada yang gagal. Bagus. Cuma kurang minat post yang membandingkan keputusan dengan kerjaya. Gagal dan gaji mahal; cemerlang gaji rendah. Hakikatnya, setiap orang ada target, usaha dan cara mereka sendiri. Biar apa pun persepsi orang lain, kita fokus pada matlamat kita tanpa menghiraukan pandangan orang. Biarlah kau cemerlang tapi belajar pindah randah. Flunk kat universiti. Kau teruskan je hidup okay.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Kabut Asap (syukur kufur)

Kalau yang terperangkap dalam kabut asap itu engkau,
Kalau yang terbatuk batuk itu engkau,
Kalau yang terpaksa berwaspada setiap kali ingin keluar itu engkau,
Kalau yang suapan nasinya terhenti itu engkau,
Kalau yang tidak cukup uang membiayai perubatan itu engkau,
Kalau yang merasa segala kesan kabut asap ini engkau,
Pasti, kau takkan kata kami yang hanya meluahkan rasa hati ini sebagai hamba yang tidak bersyukur. 
Ini bukan kisah engkau bersyukur atau Aku yang kufur.
Ini kisah keterlibatan kita sebagai penghuni merangkap penjaga bumi ini,
Setiap luahan yang diutarakan adalah kisah kisah pilu untuk mereka yang bertanggungjawab. 
Supaya mereka sedar bahawa kita bukan selamanya di sini, jadi mengapa dirosak musnah tempat yang terkata paling indah ini?
Biarlah seribu persidangan dianjurkan selagi wujud manusia yang mempersoalkan tentang syukur dan kufur ni, tetap tidak akan aman kita di sini.

Selasa, 20 Oktober 2015

Wujud.

Aku memang ada krisis eksistensial. Tapi selepas terapi dengan berbagai cara termasuk meditasi, krisis ini makin berkurang. Lega, syukur. Sekarang aku semakin serba salah nak keluarkan pernyataan 'buat apa aku wujud kat sini' 'kenapa aku masih hidup' sebab aku semakin yakin setiap sesuatu yang terjadi sama ada baik atau sebaliknya pasti menyimpan sejuta sebab dan alasan yang mungkin aku sendiri tak terfikir atau sedar bahawa kebaikannya sedang menyelimuti aku.
Mungkin ada yang bakal memaki hamun dalam hati 'ape sial lah minah ni borak benda yang semua orang dah tahu'. Iya semua orang tahu, tapi sejauh mana kita amalkan apa yang kita tahu? Iya semua orang tahu, tapi kau tahu..cakap lagi mudah dari buat? 
Krisis ini bukan terjadi kerana mengada ngada atau kecuaian sesiapa. Selalunya, krisis ini akan terjadi apabila seseorang itu telah berusaha berhabis baik dan gagal. Kemudian bangkit dan berjuang lagi namun hasilnya tetap gagal. Cuba seribu kali dengan harapan yang sama tapi tetap seribu kali gagal. Kemudian timbul rasa kecewa yang dalamnya tak tergambar kata kata. 
Ya, orang yang gagal ini tahu setiap sesuatu ada kebaikkan. Tapi tak nampak. Mana kebaikkannya selepas seribu kali mencuba? Kenapa masih digerakkan hati untuk mencuba kalau benar perkara itu tidak bagus untuk dia? Kau tak pernah rasa. Kalau kau pernah rasa sekalipun, kau kena ingat setiap hati manusia ni berbeza daya kekuatannya. Ah aku berdalih. Ya aku berdalih sebab kau tak tahu apa rasanya menjadi aku tapi kau tetap mahu menasihat aku seolah olah kau tahu seluruh isi hidup aku. 
Sudahlah, aku semakin pulih. Tinggalkan orang orang seperti aku sendirian. Jangan diganggu lagi fikirannya. Jangan dirosakkan lagi hatinya. Kalau benar mahu membantu. Ceriakan hidup dia. Bahagia kan dia. Baru dia tahu erti hidup. Baru dia tahu dia tak keseorangan di dunia ni. Ada Aku kamu Dan mereka.

Selasa, 13 Oktober 2015

Bodoh

Kalau kau ada masalah,
Tolong jangan jadi bangsat dan heret orang lain dalam masalah engkau. 
Engkau mengamuk kat orang lain,
Pastu kami yang takda kena mengena ni pun kena amuk kau.
Jangan jadi bangang lah.
Umur dah banyak,
Fikir elok elok sikit.
Bodoh.

Isnin, 12 Oktober 2015

Rasa

Ah perasaan ini.
Perasaan yang aku tak tahu apa sebenarnya rasa ini.
Bukan takut
Bukan cemas
Bukan sedih
Bukan marah
Jelasnya bukan gembira.
Seakan gelisah akan sesuatu,
Seakan bimbang pada satu hal yang entah aku pun tak tahu apa.

Malam ini bakal menjadi malam yang panjang. Tuhan, tarik rasa ini. Aku tak kuat.

Ahad, 27 September 2015

Tembak

Aku bukan jenis yang "Oh, dia memang patut kena gitu, tengok lah perangai dia macam tuu". Jika berlaku musibah pada orang, aku cuba untuk tidak jadi bodoh dan kaitkan dengan fakta entah apa apa meskipun ia benar. Serangan peribadi bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun aku menang berbalah. Boleh jadi musibah itu berlaku bukan atas kesalahan dia. Mungkin dianiya, cuai, mangsa keadaan.. Banyak lagi kemungkinan, aku cuba pilih yang tepat dan tidak mengambil yang terang terang tunjukkan aku tak tahu apa apa. Atau lebih mudah, aku jawab saja "Saya tidak tahu."

Oh, selamat ulangtahun Ana Jay!

Isnin, 7 September 2015

AAACT

Awak nak sapa notice sebenarnya ni?
Awak tahu takda sapa nampak awak.
Awak tu kenit ja.
Cuma berhati besar.
Terlampau besar sampai menyakitkan.

Jumaat, 4 September 2015

Progres

Hari ini aku berjaya menghindar dari dia,
Walaupun hakikatnya aku masih mencari dia.
Pencapaian aku hari ni, cuma tidak mengontak dia.
Itu saja.
Aku masih membuka profil efbi nya 2 jam sekali.
Aku masih melihat last seen whatsapp nya setiap 1 jam.
Aku masih belum bisa pergi dari dia.
Masih kuat aku menunggu.
Masih cinta, aku berharap.
Walau aku tahu, dia tidak terkesan langsung.
Walau aku tahu, dia tidak akan merasa apa pun.
Biarkan aku yang rasa.
Cinta yang agung itu ialah cinta yang gagal.

Selasa, 1 September 2015

Engkau tidak cinta!

Kalau engkau tak cinta. 
Jangan engkau cuba cuba dekati dia.
Kalau engkau tak cinta.
Jangan engkau cuba cuba genggam tangannya.
Kerna jika telah engkau bilang pada dia yang engkau punya harapan pada dia, pasti dia juga akan merasa yang sama walaupun sedikit. 
Jangan lah kau sakitkan dia.
Biar lah engkau lelaki.
Biar lah engkau perempuan.
Bila engkau mahu lafazkan cinta.
Mohon engkau ketahui dan insafi bahwa itu cinta sebenar-sebenarnya.
Dan sebelum engkau menerima, mohon fikir semasaknya.
Jangan nanti bila bercinta, mula lah berubah hati mahu pada yang lain. Sial!

Isnin, 31 Ogos 2015

Bunga jadi racun.

Kala hati aku mula terbuka untuk kembang cinta yang lainnya,
Kala hati aku mula menerima dia dengan seadanya,
Dia pergi.
Dia hilang.
Dia mula mati.
Dia memilih untuk mati dari terus mekar dalam hati aku. 
Aku mula terfikir tentang sifat hati itu sendiri.
Kenapa perlu ia berbolak balik lalu menyakitkan yang lain.
Aku yang sakit.
Atau kamu juga sakit kerana perlu menunggu kata kunci cinta dari aku?
Belum cukup satu purnama kau menunggu. 
Belum cukup seminggu,
Telah kamu jumpa bunga yang lainnya.
Aku fikir, lebih baik kita tidak berjumpa. Lebih baik kita tidak saling kenal. Dari aku sakit menelan hakikat bahwa kamu ada yang lain. 
Kini aku perlu kuatkan semula hati untuk tidak menunjukkan yang aku terkesan akan semua ini. 
Selamat tinggal.

Khamis, 30 Julai 2015

Bitter.

Kalau sekali saja aku dikasi peluang untuk hidup bersama kamu nescaya akan aku manfaatkan masa masa itu dengan sebaik baiknya tanpa ada luka yang tersimpan mencengkam jiwa menjadi duka yang terus kan lara.

Apalah erti hidup aku di dunia ini tanpa ada kamu yang selalu mengisi setiap menit yang berlalu tanpa ada sedikit pun yang tersisa sia sia. 

Yang aku tahu hidup aku di dunia ini cuma untuk mencari dia mencari cinta yang terkata abadi maka cintai lah aku wahai pemilik seluruh cinta yang ada di dunia.

Kamu.. Teruskanlah menghirup kopi yang sememangnya punyai sisi pahitnya tersendiri sama seperti aku, kamu dan mereka.

Selasa, 28 Julai 2015

Knock! Knock!

Everytime people knock on my heart

I always hope it's you 

But you never try to reach me

No

You never hit me back.

Isnin, 27 Julai 2015

Sirius

Terangnya cahaya bulan tak tertanding dengan neonku

Lalu aku padam pula cahaya neon itu

Biar aku rasakan seperti bulan itu sedang bersenggama dengan ku

Gelap

Tapi terang

Pelik

Tapi benar

Bulan yang tadinya menang ditanding neon kini terkalahkan oleh satu cahaya suram yang maha gelapnya

Cahaya apakah itu?

Sehingga bulan yang tadinya terang bahagia kini berpaling, merajuk, hilang, di balik kabut malam

Lalu aku sedar sendiri

Mungkin yang suram itu diri yang gelap itu hati.

Jumaat, 17 April 2015

Karut Marut

aku benci apa yang aku rasa sekarang ni.

perasaan yang aku sendiri tak reti nak terangkan,

hati tisu, lembut nak mampos.

lembut kalau baik takpa, ini lembut tah apa apa.

sikit sikit nak terasa.

ah shit.

kalau nak camni je bila aku nak happy?

ah sial lah masing masing macam paparazzi.

takkan pupus babi di dunia walau banyak mana pun manusia makan,

sebab orang orang macam ni rela jadi pengganti babi.

ahhhhhh.

Tuhan, ambil balik semua perasaan karut marut ni.

Rabu, 25 Mac 2015

Tak Normal I

Dalam keramaian aku cuba membongkar rahsia,
Yang semua tak nampak,
Yang semua tak rasa.

Dalam kesepian aku cuba memecah sunyi,
Yang semua rasa girang,
Yang semua rasa senang.

Aku tetap sendiri,
di sini,
masih mencuba dan tercari-cari.

Biarkan rasa yang perit menyulam hati,
Biarkan rahsia yang sulit mengunci diri.

Bukan aku sengaja mengasing diri,
Terpencil menunggu mati,
Aku suka bila sendiri,
Fikiran aku bebas,
Jiwa aku kebas.

Otak aku tepu bila aku fikir semua,
mengancam dan terancam aku kecewa.

Entah apa lagi aku luah,
Entah apa lagi aku resah.

Biarkanlah.

Khamis, 12 Mac 2015

Catatan Kebengapan I.

hari hari aku bangun dari tidur,
tanpa mengetahui erti sebenar aku wujud di muka bumi ini.
kadangnya mereka kata untuk mengabdikan diri pada Dia.
tapi ada pula yang kata untuk aku balas jasa kedua orang tua.
ada yang kata untuk aku capai segenap kejayaan.

pergi kelas pergi kerja.
ah letih.
bukan tak minat.
eh aku minat.
kalau boleh tak nak berhenti belajar.
tapi itulah, mana nak cekau duit.
aku nak aje belajar sampai PhD berderet.
bingkai gambar berjubah bersusun kat dinding.
Abah Mak pun bangga nanti.
haha,
berangan lah.
Belajar yang setahun ni pun aku mencungap nak habiskan.
hahaha.

Tapi tu lah.
aku bangun tidur, aku fikir kenapa aku kena bangun.
apa lagi yang kurang kat dunia ni sampai memerlukan aku untuk mengimbanginya?
haa terserlah poyo.
sebab tu aku malas bangun tidur kalau takda apa nak kena buat.
aku rasa tak penting je.
hahaha,
entahlah,
memang dasar pemalas, eh jangan risau.
i take that as compliments.
hahaha.

aku dah dapat jawapan soalan aku
tapi aku masih belum pasti dengan jawapan aku
sebab aku rasa,
ada orang lain yang punyai jawapan lagi bagus dari aku.
hahaha
siot ah.
merepek apa panjang-panjang ni .

aduh.
sudah lah.
selamat malam.
esok takda kelas,
so, faham faham je lah.
hehehe.

tak tau nak tamat kan cemana.
takut ada yang terkejut dengan 'sudden stop' ni.
pening pening.

BYE !!!

Sabtu, 24 Januari 2015

Entah

Nak tido, nangis.
Bangun tido, nangis.

Menangis itu bagai sudah menjadi nafas bagiku.
Setiap masa sepanjang hari mata ini terus mengeluarkan airnya, hati ini terus hancur sedikit demi sedikit.

Aku lihat kesan kesan luka di hati.
Ditambah pisau dari belakang menambah seri.
Aduh, tak tertahan oleh ku perihnya ini.

Takpa, kuat terus semangat.

Sabtu, 10 Januari 2015

Sakit bagitahu.

Gua ni bukan sengaja mengadu bila sakit sikit.
Tapi ada kadangnya kita tak nak simpan sorang.
Macam aku ni.
Aku tengok orang sakit pun gua sedih habis.
Aku takut nak tengok.
Aku macam dapat rasa je sakit dia tu.
Cemana eh aku nak cerita.
Aku kalau tengok orang tengah sakit, aku automatik akan kesian.
Eh bukan kesian.
Fuck.
Cemana sia nak cerita.
Okay. Cuba macam ni pulak.
Aku kalau tengok orang tengah sakit, aku automatik akan berpaling.
Tak sanggup.
Haa yes.
Tak sanggup nak tengok orang tu tahan sakit.
Aku boleh nangis tau.

Itu yang sebabnya bila aku sakit, aku cakap.
Aku takut nanti kalau dah sakit sangat baru nak bagitau,
nanti akan ada orang lain yang tak sanggup pulak tengok aku tahan sakit,
(kalau ada lah).

Tuhan, selamatkan lah tubuh badan kami dari parasit dan penyakit yang mengganggu kami dari beribadat kepadaMu. Aamiin.