Khamis, 12 Mac 2015

Catatan Kebengapan I.

hari hari aku bangun dari tidur,
tanpa mengetahui erti sebenar aku wujud di muka bumi ini.
kadangnya mereka kata untuk mengabdikan diri pada Dia.
tapi ada pula yang kata untuk aku balas jasa kedua orang tua.
ada yang kata untuk aku capai segenap kejayaan.

pergi kelas pergi kerja.
ah letih.
bukan tak minat.
eh aku minat.
kalau boleh tak nak berhenti belajar.
tapi itulah, mana nak cekau duit.
aku nak aje belajar sampai PhD berderet.
bingkai gambar berjubah bersusun kat dinding.
Abah Mak pun bangga nanti.
haha,
berangan lah.
Belajar yang setahun ni pun aku mencungap nak habiskan.
hahaha.

Tapi tu lah.
aku bangun tidur, aku fikir kenapa aku kena bangun.
apa lagi yang kurang kat dunia ni sampai memerlukan aku untuk mengimbanginya?
haa terserlah poyo.
sebab tu aku malas bangun tidur kalau takda apa nak kena buat.
aku rasa tak penting je.
hahaha,
entahlah,
memang dasar pemalas, eh jangan risau.
i take that as compliments.
hahaha.

aku dah dapat jawapan soalan aku
tapi aku masih belum pasti dengan jawapan aku
sebab aku rasa,
ada orang lain yang punyai jawapan lagi bagus dari aku.
hahaha
siot ah.
merepek apa panjang-panjang ni .

aduh.
sudah lah.
selamat malam.
esok takda kelas,
so, faham faham je lah.
hehehe.

tak tau nak tamat kan cemana.
takut ada yang terkejut dengan 'sudden stop' ni.
pening pening.

BYE !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS