Isnin, 31 Ogos 2015

Bunga jadi racun.

Kala hati aku mula terbuka untuk kembang cinta yang lainnya,
Kala hati aku mula menerima dia dengan seadanya,
Dia pergi.
Dia hilang.
Dia mula mati.
Dia memilih untuk mati dari terus mekar dalam hati aku. 
Aku mula terfikir tentang sifat hati itu sendiri.
Kenapa perlu ia berbolak balik lalu menyakitkan yang lain.
Aku yang sakit.
Atau kamu juga sakit kerana perlu menunggu kata kunci cinta dari aku?
Belum cukup satu purnama kau menunggu. 
Belum cukup seminggu,
Telah kamu jumpa bunga yang lainnya.
Aku fikir, lebih baik kita tidak berjumpa. Lebih baik kita tidak saling kenal. Dari aku sakit menelan hakikat bahwa kamu ada yang lain. 
Kini aku perlu kuatkan semula hati untuk tidak menunjukkan yang aku terkesan akan semua ini. 
Selamat tinggal.