Ahad, 27 September 2015

Tembak

Aku bukan jenis yang "Oh, dia memang patut kena gitu, tengok lah perangai dia macam tuu". Jika berlaku musibah pada orang, aku cuba untuk tidak jadi bodoh dan kaitkan dengan fakta entah apa apa meskipun ia benar. Serangan peribadi bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun aku menang berbalah. Boleh jadi musibah itu berlaku bukan atas kesalahan dia. Mungkin dianiya, cuai, mangsa keadaan.. Banyak lagi kemungkinan, aku cuba pilih yang tepat dan tidak mengambil yang terang terang tunjukkan aku tak tahu apa apa. Atau lebih mudah, aku jawab saja "Saya tidak tahu."

Oh, selamat ulangtahun Ana Jay!

Isnin, 7 September 2015

AAACT

Awak nak sapa notice sebenarnya ni?
Awak tahu takda sapa nampak awak.
Awak tu kenit ja.
Cuma berhati besar.
Terlampau besar sampai menyakitkan.

Jumaat, 4 September 2015

Progres

Hari ini aku berjaya menghindar dari dia,
Walaupun hakikatnya aku masih mencari dia.
Pencapaian aku hari ni, cuma tidak mengontak dia.
Itu saja.
Aku masih membuka profil efbi nya 2 jam sekali.
Aku masih melihat last seen whatsapp nya setiap 1 jam.
Aku masih belum bisa pergi dari dia.
Masih kuat aku menunggu.
Masih cinta, aku berharap.
Walau aku tahu, dia tidak terkesan langsung.
Walau aku tahu, dia tidak akan merasa apa pun.
Biarkan aku yang rasa.
Cinta yang agung itu ialah cinta yang gagal.

Selasa, 1 September 2015

Engkau tidak cinta!

Kalau engkau tak cinta. 
Jangan engkau cuba cuba dekati dia.
Kalau engkau tak cinta.
Jangan engkau cuba cuba genggam tangannya.
Kerna jika telah engkau bilang pada dia yang engkau punya harapan pada dia, pasti dia juga akan merasa yang sama walaupun sedikit. 
Jangan lah kau sakitkan dia.
Biar lah engkau lelaki.
Biar lah engkau perempuan.
Bila engkau mahu lafazkan cinta.
Mohon engkau ketahui dan insafi bahwa itu cinta sebenar-sebenarnya.
Dan sebelum engkau menerima, mohon fikir semasaknya.
Jangan nanti bila bercinta, mula lah berubah hati mahu pada yang lain. Sial!