Jumaat, 23 Oktober 2015

Kabut Asap (syukur kufur)

Kalau yang terperangkap dalam kabut asap itu engkau,
Kalau yang terbatuk batuk itu engkau,
Kalau yang terpaksa berwaspada setiap kali ingin keluar itu engkau,
Kalau yang suapan nasinya terhenti itu engkau,
Kalau yang tidak cukup uang membiayai perubatan itu engkau,
Kalau yang merasa segala kesan kabut asap ini engkau,
Pasti, kau takkan kata kami yang hanya meluahkan rasa hati ini sebagai hamba yang tidak bersyukur. 
Ini bukan kisah engkau bersyukur atau Aku yang kufur.
Ini kisah keterlibatan kita sebagai penghuni merangkap penjaga bumi ini,
Setiap luahan yang diutarakan adalah kisah kisah pilu untuk mereka yang bertanggungjawab. 
Supaya mereka sedar bahawa kita bukan selamanya di sini, jadi mengapa dirosak musnah tempat yang terkata paling indah ini?
Biarlah seribu persidangan dianjurkan selagi wujud manusia yang mempersoalkan tentang syukur dan kufur ni, tetap tidak akan aman kita di sini.

Selasa, 20 Oktober 2015

Wujud.

Aku memang ada krisis eksistensial. Tapi selepas terapi dengan berbagai cara termasuk meditasi, krisis ini makin berkurang. Lega, syukur. Sekarang aku semakin serba salah nak keluarkan pernyataan 'buat apa aku wujud kat sini' 'kenapa aku masih hidup' sebab aku semakin yakin setiap sesuatu yang terjadi sama ada baik atau sebaliknya pasti menyimpan sejuta sebab dan alasan yang mungkin aku sendiri tak terfikir atau sedar bahawa kebaikannya sedang menyelimuti aku.
Mungkin ada yang bakal memaki hamun dalam hati 'ape sial lah minah ni borak benda yang semua orang dah tahu'. Iya semua orang tahu, tapi sejauh mana kita amalkan apa yang kita tahu? Iya semua orang tahu, tapi kau tahu..cakap lagi mudah dari buat? 
Krisis ini bukan terjadi kerana mengada ngada atau kecuaian sesiapa. Selalunya, krisis ini akan terjadi apabila seseorang itu telah berusaha berhabis baik dan gagal. Kemudian bangkit dan berjuang lagi namun hasilnya tetap gagal. Cuba seribu kali dengan harapan yang sama tapi tetap seribu kali gagal. Kemudian timbul rasa kecewa yang dalamnya tak tergambar kata kata. 
Ya, orang yang gagal ini tahu setiap sesuatu ada kebaikkan. Tapi tak nampak. Mana kebaikkannya selepas seribu kali mencuba? Kenapa masih digerakkan hati untuk mencuba kalau benar perkara itu tidak bagus untuk dia? Kau tak pernah rasa. Kalau kau pernah rasa sekalipun, kau kena ingat setiap hati manusia ni berbeza daya kekuatannya. Ah aku berdalih. Ya aku berdalih sebab kau tak tahu apa rasanya menjadi aku tapi kau tetap mahu menasihat aku seolah olah kau tahu seluruh isi hidup aku. 
Sudahlah, aku semakin pulih. Tinggalkan orang orang seperti aku sendirian. Jangan diganggu lagi fikirannya. Jangan dirosakkan lagi hatinya. Kalau benar mahu membantu. Ceriakan hidup dia. Bahagia kan dia. Baru dia tahu erti hidup. Baru dia tahu dia tak keseorangan di dunia ni. Ada Aku kamu Dan mereka.

Selasa, 13 Oktober 2015

Bodoh

Kalau kau ada masalah,
Tolong jangan jadi bangsat dan heret orang lain dalam masalah engkau. 
Engkau mengamuk kat orang lain,
Pastu kami yang takda kena mengena ni pun kena amuk kau.
Jangan jadi bangang lah.
Umur dah banyak,
Fikir elok elok sikit.
Bodoh.

Isnin, 12 Oktober 2015

Rasa

Ah perasaan ini.
Perasaan yang aku tak tahu apa sebenarnya rasa ini.
Bukan takut
Bukan cemas
Bukan sedih
Bukan marah
Jelasnya bukan gembira.
Seakan gelisah akan sesuatu,
Seakan bimbang pada satu hal yang entah aku pun tak tahu apa.

Malam ini bakal menjadi malam yang panjang. Tuhan, tarik rasa ini. Aku tak kuat.