Selasa, 20 Oktober 2015

Wujud.

Aku memang ada krisis eksistensial. Tapi selepas terapi dengan berbagai cara termasuk meditasi, krisis ini makin berkurang. Lega, syukur. Sekarang aku semakin serba salah nak keluarkan pernyataan 'buat apa aku wujud kat sini' 'kenapa aku masih hidup' sebab aku semakin yakin setiap sesuatu yang terjadi sama ada baik atau sebaliknya pasti menyimpan sejuta sebab dan alasan yang mungkin aku sendiri tak terfikir atau sedar bahawa kebaikannya sedang menyelimuti aku.
Mungkin ada yang bakal memaki hamun dalam hati 'ape sial lah minah ni borak benda yang semua orang dah tahu'. Iya semua orang tahu, tapi sejauh mana kita amalkan apa yang kita tahu? Iya semua orang tahu, tapi kau tahu..cakap lagi mudah dari buat? 
Krisis ini bukan terjadi kerana mengada ngada atau kecuaian sesiapa. Selalunya, krisis ini akan terjadi apabila seseorang itu telah berusaha berhabis baik dan gagal. Kemudian bangkit dan berjuang lagi namun hasilnya tetap gagal. Cuba seribu kali dengan harapan yang sama tapi tetap seribu kali gagal. Kemudian timbul rasa kecewa yang dalamnya tak tergambar kata kata. 
Ya, orang yang gagal ini tahu setiap sesuatu ada kebaikkan. Tapi tak nampak. Mana kebaikkannya selepas seribu kali mencuba? Kenapa masih digerakkan hati untuk mencuba kalau benar perkara itu tidak bagus untuk dia? Kau tak pernah rasa. Kalau kau pernah rasa sekalipun, kau kena ingat setiap hati manusia ni berbeza daya kekuatannya. Ah aku berdalih. Ya aku berdalih sebab kau tak tahu apa rasanya menjadi aku tapi kau tetap mahu menasihat aku seolah olah kau tahu seluruh isi hidup aku. 
Sudahlah, aku semakin pulih. Tinggalkan orang orang seperti aku sendirian. Jangan diganggu lagi fikirannya. Jangan dirosakkan lagi hatinya. Kalau benar mahu membantu. Ceriakan hidup dia. Bahagia kan dia. Baru dia tahu erti hidup. Baru dia tahu dia tak keseorangan di dunia ni. Ada Aku kamu Dan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS