Ahad, 16 Oktober 2016

Aku bayang bayang dia.

aku kira
bila aku sudah mulai sibuk di kampus
perlahan lahan aku akan sembuh
dari kemurungan akibat kehilangan
tapi
semakin aku sibukkan diri
rasa sunyi itu tetap ada dan semakin dalam pula ia
mungkin kerana
terlalu banyak perkara berlaku semasa aku sibukkan diri
dan kebiasaannya aku ada dia untuk bercerita
aku akan cerita semua pada dia
sakit sihat aku 
senang susah aku
gembira sedih sakit hati dan semuanya aku
akan ada telinga dia untuk mendengar dengan hati terbuka
mungkin juga kerana
sudah terlalu lama telefon pintar aku tidak berdering dengan memaparkan nama "ابي❤️"
padahal setiap hari kami berinteraksi
setiap hari dia akan menelefon aku
atau aku yg akan menghubungi dia
aku tak kuat
aku belum kuat
apa yang kamu semua nampak ini hanyalah lakonan seorang hafiza
hafiza bukan anak yang kuat tanpa abahnya
tanpa dia aku tak mampu berdiri sendiri
pincang langkahku

abah, tadi iza makan murtabak.. sedap sangat. iza nak bgi abah rasa 😢
abah, iza kerja tolong orang niaga kat pasar tani. iza ambil order. iza buat air. orang minum air iza buat. iza buat teh o, nescafe, teh tarik.. tapi air abah lah paling sedap!
abah, iza dah pindah rumah baru. iza duduk kat kondo. tingkat satu. tak tinggi pun. iza tahu abah tak suka. nanti iza pindah ye.
abah, subjek sem lagi susah dari sebelum ni. iza dah masuk lagi dalam tentang HR. iza ambil ekonomi buruh, pembangunan hr, perncangan & staffing hr alaa staffing tu macam ambil perkerja, bisnes law, islamic finance dengan khidmat masyarakat. yg subjek hr tu je susah. yg lain tu iza boleh buat rasanya.
abah, 15/11 ni iza ada dean list award. hmm abah nak iza pergi kan? okay iza dah daftar dah. kalau abah ada sekali kan best.
abah, esok iza ada test pukul 2 tapi yg iza belajar tadi tak masuk lah. hmm pastu ni sekarang tak boleh tidur pulak. hmm
abah, iza sayang abah tau. abah doakan iza banyak banyak eh. iza pun akan jadi anak yg soleh supaya dapat doakan abah. ❤️
assalamualaikum abah. 

Selasa, 6 September 2016

rindu

abah, iza rindu abah :'( abah tenang je tau kat sana. iza akan jadi yang terbaik kat sini. supaya nanti iza dapat masuk syurga, sama dengan abah.

Selasa, 9 Ogos 2016

Slow-dance

Dalam kabut aku sendiri menari.
Alunan muzik lembut yang dihidangkan membuat jantung sedikit demi sedikit berdegup tenang. 
Membayangkan kasih pada lilin dan lenggoknya api ditiup angin. 
Cuss.
Terpadam sudah apinya.
Lalu aku bakar lagi lilinnya.
Aku gembira melihat lentok si api yang ikut aku menari.
Gerak perlahan ikut lagu romantis nyanyian Lionel Richie dan Diana Rose; Endless Love,
Terasa seperti berada di resepsi perkahwinan. 
"Keep sway-ing babe! Keep dancing"
Suara itu membuat aku lebih asyik menari.
Semakin aku asyik, semakin marak api.
Sama seperti hatiku yang berkobar.
Bila lagu tamat, aku berhenti menari. 
Tapi api tadi masih meneruskan tariannya.
Aku suka melihatnya.
Tapi kali ini aku harus keluar dari ruangan ini.
Biarkan api menari bahagia dan menelan segala kenangan pahit yang ada.
Selamat tinggal, kenangan.

Rabu, 27 April 2016

Dara sakai

Hai lah dara, kau tu indah. 
Tinggi martabat kau.
Kenapa kau rendah-rendahkan.
Kau tunjuk semua yang kau ada.
Semua yang patutnya tinggal jadi rahsia di bawah baju, kau tayang.
Semua yang patut tinggal jadi rahsia dalam hati, kau ludah.
Apa ni?
Kau buat bujang di luar meleleh air liur memandang. 
Kau buat bujang di luar sana, fikir kau mudah kau murah. 
Hello, kau nak cerita pasal senioritas padahal kau umur je banyak akalnya cetek. 

Isnin, 4 Januari 2016

Kalau bisa

Kalau langit bisa nangis membanjiri tempat mana mahu nya,
mendamaikan seluruh umat manusia,
mengapa tidak aku bisa guna air mata untuk lembut kan hati hati manusia?
Katanya meminta simpati,
Katanya mengada ngada.
Kalau bumi bisa ludahkan Isi perut nya,
memusnahkan segala nya yang ada di dunia,
mengapa tidak aku bisa guna air liur ku untuk menjahanamkan mereka?
Katanya biadap,
Katanya kurang ajar.
Mungkin yang ditangiskan tak Ada maknanya, 
Mungkin yang di ludahkan tak Ada artinya.