Ahad, 16 Oktober 2016

Aku bayang bayang dia.

aku kira
bila aku sudah mulai sibuk di kampus
perlahan lahan aku akan sembuh
dari kemurungan akibat kehilangan
tapi
semakin aku sibukkan diri
rasa sunyi itu tetap ada dan semakin dalam pula ia
mungkin kerana
terlalu banyak perkara berlaku semasa aku sibukkan diri
dan kebiasaannya aku ada dia untuk bercerita
aku akan cerita semua pada dia
sakit sihat aku 
senang susah aku
gembira sedih sakit hati dan semuanya aku
akan ada telinga dia untuk mendengar dengan hati terbuka
mungkin juga kerana
sudah terlalu lama telefon pintar aku tidak berdering dengan memaparkan nama "ابي❤️"
padahal setiap hari kami berinteraksi
setiap hari dia akan menelefon aku
atau aku yg akan menghubungi dia
aku tak kuat
aku belum kuat
apa yang kamu semua nampak ini hanyalah lakonan seorang hafiza
hafiza bukan anak yang kuat tanpa abahnya
tanpa dia aku tak mampu berdiri sendiri
pincang langkahku

abah, tadi iza makan murtabak.. sedap sangat. iza nak bgi abah rasa 😢
abah, iza kerja tolong orang niaga kat pasar tani. iza ambil order. iza buat air. orang minum air iza buat. iza buat teh o, nescafe, teh tarik.. tapi air abah lah paling sedap!
abah, iza dah pindah rumah baru. iza duduk kat kondo. tingkat satu. tak tinggi pun. iza tahu abah tak suka. nanti iza pindah ye.
abah, subjek sem lagi susah dari sebelum ni. iza dah masuk lagi dalam tentang HR. iza ambil ekonomi buruh, pembangunan hr, perncangan & staffing hr alaa staffing tu macam ambil perkerja, bisnes law, islamic finance dengan khidmat masyarakat. yg subjek hr tu je susah. yg lain tu iza boleh buat rasanya.
abah, 15/11 ni iza ada dean list award. hmm abah nak iza pergi kan? okay iza dah daftar dah. kalau abah ada sekali kan best.
abah, esok iza ada test pukul 2 tapi yg iza belajar tadi tak masuk lah. hmm pastu ni sekarang tak boleh tidur pulak. hmm
abah, iza sayang abah tau. abah doakan iza banyak banyak eh. iza pun akan jadi anak yg soleh supaya dapat doakan abah. ❤️
assalamualaikum abah.