Jumaat, 6 Oktober 2017

Pelangi


Hujan datang lagi,
Tapi kali ini aku tak menangis.
Ini adalah kebahagiaan,
Kerana kau adalah pelangi di setiap gerimisku.

Isnin, 2 Oktober 2017

Tetap kuat!

Kalau semangat kamu kuat, kamu tekad, pasti kamu sudah pergi berjaya hari ini. Tapi kamu pemalas, pecundang!

Selesa dibenam tilam murah yang entah dari mana datangnya. Lena dikhayal mimpi yang cuma mengganggu visi dan misi kamu.

Kurang fokus dan tidak menilai hamparan batu karang yang keras menghadang laluan. Yang kecil diremehkan padahal ia tajam. Yang besar kamu takutkan padahal lebih mudah dipanjat.

Sekeras apa pun karang, kalau kamu fokus dan cari solusinya, pasti kamu bisa lewati.

Tapi malangnya, kamu pemalas dan cepat putus asa! Kamu lemah!

Bangkitlah. Sampai zaman mana lagi kamu dijajah diri sendiri. Hidup sekadar membontoti nafsu serakah manusia semata padahal masih ada perut kosong yang perlu diisi.

Jangan takut, percaya bahawa Sang Pencipta itu maha besar kuasanya. Tapi harus diseling kerja keras, semangat yang kuat, penuhi perintahNya, dan akhirnya pasrah atas segalanya

Jumaat, 29 September 2017

Siapa dia?

Takda apa dalam dunia ni yang lebih penting dari kamu berdua; mak abah.

Abah, alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab beliau di dunia.

Mak, definisikan emak kepada aku. Kerana yang aku tahu kini emak adalah cuma wanita yang melahirkan seorang manusia.

Apa itu emak? Yang kata kamu menyayangi dan sentiasa mendukung kamu dari bayi hingga ke mati?

Apa itu emak? Yang kata kamu sentiasa memberi nasihat dan tak pernah membenci?

Aku pernah ada seorang emak. Tapi kini entah ke mana dia pergi.

Yang aku ada kini, seorang wanita yang menghina, mencaci dan memburukkan aku. Sifatnya sahaja sudah 360 darjah berlainan dari kami. Dari mana dia ini datang? Dan kenapa aku memanggil dia emak?

Cuma kerana dia melahirkan aku..

Selasa, 1 Ogos 2017

Hujan

Malam datang kau pun pergi,
Sinar hilang tanpa mentari,
Hujan turun mengikut angin,
Langit mendung aku mendingin.

Apa guna petir menyambar,
Bila kau lebih mematikan,
Apa guna payung teduhan,
Bila tangisku tak kau bendungkan.

Kuat bunyi guruh; memekakkan,
Kasar kata kau; menyakitkan.
Awan meludah hujan,
Kau meludah perasaan.

Cuba ditahan dendam dan rindu,
Diluah pahit ditelan sakit.