Jumaat, 16 Mac 2018

Rindukan dia.

Rindu paling berat adalah untuk merindukan orang yang telah selesai urusannya di dunia..

Rindu ini takkan pernah habis dan di kala aku mula menerima pemergiannya.. datang kembali perasaan yang berat untuk diluah.. seakan tidak memberi peluang kepada aku untuk bahagia..

Aku takkan pernah melupakan dia..

Takkan pernah..

Lelaki pertama dalam hidup..
Yang selalu mendukung aku dan tak pernah meragui aku (sekurang kurangnya bukan di hadapan aku)..

Sekarang yang aku rasa cuma penyesalan.. kerana tidak sempat menyenangkan dia..

Hidupnya tak pernah senang.. dan aku menyandang harapan ayahanda untuk menyenangkan keluarga.. tetapi dia tak sempat merasa..

Allahu rabbi.. permudahkanlah urusan ayahanda di sana.. sungguh, dia adalah hambaMu yang bertaqwa..

Jumaat, 2 Mac 2018

Jangan pergi lagi

Di kala dia merasakan hayatnya bakal berakhir,
Dunia semakin kelam,
Memori tentang kehidupannya satu satu terimbas jelas,
Dan yang paling diingatinya ialah ibu..

"Jangan pergi lagi, aku dah mula sayang kamu semua"
Ada seorang gadis di belakangnya yang memerhati,
Dan berharap agar tuhan panjangkan umur sahabatnya,
Gadis itu diam tak banyak berkata,
Pegun, tak mampu berbuat apa,
Ini pengalaman pertama,
Dan ianya mengerikan..
Jangan ada lagi kematian..
Cukup.
Sudah banyak kehilangan yang dilalui gadis itu..
"Mohon, tuhan.. untuk kali ni saja"
Entah iya entah tidak.
Tuhan perkenankan. Dan tuhan juga pasti mengharapkan sesuatu dari gadis itu..
Kehambaannya..

Sahabatnya kembali senyum..
Dia juga turut mengoyak senyum lega..