Jumaat, 16 Mac 2018

Rindukan dia.

Rindu paling berat adalah untuk merindukan orang yang telah selesai urusannya di dunia..

Rindu ini takkan pernah habis dan di kala aku mula menerima pemergiannya.. datang kembali perasaan yang berat untuk diluah.. seakan tidak memberi peluang kepada aku untuk bahagia..

Aku takkan pernah melupakan dia..

Takkan pernah..

Lelaki pertama dalam hidup..
Yang selalu mendukung aku dan tak pernah meragui aku (sekurang kurangnya bukan di hadapan aku)..

Sekarang yang aku rasa cuma penyesalan.. kerana tidak sempat menyenangkan dia..

Hidupnya tak pernah senang.. dan aku menyandang harapan ayahanda untuk menyenangkan keluarga.. tetapi dia tak sempat merasa..

Allahu rabbi.. permudahkanlah urusan ayahanda di sana.. sungguh, dia adalah hambaMu yang bertaqwa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS