bismilahirrahmanirrahim,
Hari ni,
jika kau masih berdiri di bumi Allah ini,
maka genaplah usia kau 19 tahun..
Namun,
Kita semua tahu,
Bahwa Allah itu sangat bijak dalam mengatur segala.
Takdir-Nya tiada sesuatu apa pun yang dapat melawan.
0313 10 Mei 2012,
nikmat yang sering dilengahkan manusia, buatmu,
diambil Allah..
kau menghembuskan nafasmu yang terakhir.
setelah 3 malam kau koma.
Pada saat aku terima kenyataan ini,
Sungguh, aku tidak percaya.
Tetapi, atas nasihat semua,
aku sedar,
Allah berhak atas segala-galanya.
Semuanya Allah yang punya,
Aku tiada hak untuk menambah jangka hayat kau,
Aku terima.
Cuma hari ni,
malam ini,
aku ingin sampaikan rindu aku,
ucapan aku,
"Duan, kalau tahun lepas kita sambut di Secret Recipe dengan kau, Haffiz. Tapi tahun ni tidak. Pada awalnya, serius, aku fikir, hari jadi aku tahun ini kosong. Bosan. Tapi ternyata tidak begitu, SubhanAllah, sungguh, Allah itu Maha berkuasa.. Aku sambut dengan teman-2 sekelas aku. abah aku, kawan-2 di gunung mas, Faez, Abang Yanto dan Yuni.. Walaupun tiada hadiah yang besar, tapi aku sangat gembira dengan keadaan ini. Mereka semua sangat manis Duan. Ada yang menghantar video. Ada juga yang menghantar voice note. Hmm, tak pernah aku bayangkan semua ni. Pastinya, kalau kau ada, semua pasti menjadi lebih indah. Tapi tidak mengapalah. Aku tahu kau tenang di sana, dan aku harap kau bahagia di sana. InsyaAllah Duan, hadiah terbesar yang boleh aku pada kau cuma kejayaan. Kau sangat mengharapkan aku berjaya kan dulu? Aku sedang berusaha. Oh iya! Addmath aku lulus :') Haffiz ada bantu aku.. Dia selalu bantu aku.. Dia dah baik dengan aku dah.. Kami prank dia gila-2 masa birthday dia hari tu.. Kesian dia. Cuma ini, untuk 3 hari sempurna kita.. 23, 24, 25.. Kalau kau ada, pasti lebih banyak aku berceloteh kan? Hahaha.. Al-Fatihah"
Tenang sajalah ya kau di sana..
Dialog ini "Raja kamilah yang jaga kami nanti",
bukan lagi untuk engkau :')
Dan sangat merindukan kalian berkata "Jaga dirimu baik-baik"
Adios Amigos,
Assalamualaikum..
Selasa, 25 September 2012
Isnin, 17 September 2012
Jangan Begini Ahhhh!
bismillahirrahmanirrahim,
Aku diam menatap skrin,
Aku amati bait-2 kata yang tertulis,
Mahu saja aku jerit di telinganya engkau,
agar engkau tahu,
yang aku terlalu ingin tahu,
apa yang sebenarnya...
masalah hati antara kau dan aku.
Jujur aku bingung,
apa ini memang salah aku,
atau hanya permainan emosimu.
Aku ulangi perbuatan ku yang tadi,
aku baca lagi semua rangkaian huruf yang tertera,
Cisss, aku bertambah bingung.
Aku benci ahh perasaan sebegini,
Dihurung rasa serba salah,
Diselimuti perasaan sedih,
Tertanya-tanya sendiri tanpa ada orang peduli.
"Ahh! Siapa mahu peduli!
Masalah engkau, mahu libatkan orang pula!
Berani kau ya!"
Satu aku minta,
Jika benar salahnya aku,
Katakan ke aku,
Agar mudah aku benarkan.
Agar selesai segala.... masalah hati antara kau dan aku.
Dua aku minta,
Ampun dan maaf,
Ampunan yang tulus dari hati mu,
Maaf yang ikhlas dari batin mu.
Bisa ya! Pleasee!

Ahad, 16 September 2012
Cinta, (Maafkan Aku)
bismillahirrahmanirrahim,
Cinta,
Mungkin memang salahnya aku,
Mungkin memang bodohnya aku,
Mungkin memang jahatnya aku,
Mungkin memang segalanya aku,
Sehingga kau jadi tersinggung.
Cinta, (jujur pada aku)
Andai benar salahnya aku,
Andai benar khilafnya aku,
Andai benar silapnya aku,
Andai benar segalanya aku,
Aku mohon, maafkan aku.
Cinta, (jangan terus sepi)
Dipendam rasa menjadi luka,
Ditambah aku berbuat duka,
Sedang yang lama masih tersisa,
Lalu peritmu bertambah bisa,
Cinta, (maafkan aku)
Cukup! Aku tahu akhirnya apa,
Kerna aku pasti,
Kau masih cinta.
#Ending yang sangat teruk.. Maaf.. Mengantuk ni. :p
Hanya nukilan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi.

Selasa, 26 Jun 2012
Bukalah Semangat
bismillahirrahmanirrahim,
10 Mei 2012..
Tarikh yang tak mungkin akan aku terlupakan.
Pada tarikh ini, aku kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi,cintai,kasihi.
Sungguh dan sesungguhnya, dia seorang sahabat yang sangat baik.
Dia bijak membataskan pergaulan, dia pintar menyelesaikan kesulitan.
Aku masih dalam keadaan terkejut,
antara percaya atau tidak. sama ada mimpi atau realiti.
Mungkin ramai yang akan mengatakan,
"Ahh gedik lah lu fiza, bukan boyfriend lu, bukan suami lu pun mati, lu dah sedih macam ni"
Ya, dia bukan boyfriend aku. Dia sahabat aku.
Mungkin mereka yang berkata seperti itu belum pernah merasa kehilangan seorang sahabat yang amat dikasihinya.
Seperti yang pernah aku sisipkan di entry "Sayang semuanya",
Duan ialah seorang sahabat yang sentiasa menasihati, menegur, membantu,mengajar, dan melakukan apa saja untuk sahabatnya.
11 Mei 2012
Hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun,
Hari aku masih lagi suram dan sunyi.
Kertas soalan aku pandang dan aku jawab sambilewa.
Aku tidak kuat. Orang yang selalu memberi semangat kepada aku tiada.
Bagaimana bisa aku menjawabnya?
Masih aku ingat kata-katanya,
"Fi, kau kalau nak study last minute boleh. Tapi dalam kelas jangan main-main lah. Fokus!"
Dia juga selalu mencabar aku.
"Hey Noor Hafiza anak pakcik Yusran, beat result aku, then aku bagi kau hadiah"
Cabaran tu yang menambah semangat aku. Duan terlalu ingin aku berjaya.
2 minggu peperiksaan berlangsung.. Aku tekadkan semangat, aku belajar..
Ya, tidak dapat dinafikan, walau macam mana gigih pun kita belajar, tapi kalau dah saat-2 akhir, memang susah ilmu tu nak meresap ke otak, Tapi, aku gigihkan juga.
Alhamdulillah, keputusan aku meningkat.
Bahasa Arab ~ B+
Bahasa Inggeris ~ A-
Bahasa Melayu ~ C+
Matematik ~ B
Sains ~ B+
Sejarah ~ D
Pendidikan Syariah Islamiah ~ B+
Pendidikan AlQuran & Sunnah ~ C
Matematik Tambahan ~ G
Prinsip Perakaunan ~ E

notakaki: DUAN ! FI RINDU DUAN !: jaga dirimu baik-baik , selamat jalan, sampai ketemu, adios amigos, oda! |
Jumaat, 27 April 2012
'Hahaha'. Gelak ada tempatnya..
bismillahirrahmanirrahim,
"HAHAHAHAHAHA" Besar gelak kawan aku yang sorang tu bila diperjelaskan padanya tentang kepandaian atau kelebihan kawan aku yang sorang lagi.
Orang itu punyai kepandaian dan berniat baik untuk menolong orang sambil mencari rezeki barang sesuap dua.. Lalu, dengan tiada fikiran yang panjang kau terus mentertawakan dia. Ehh, dia ada usaha tau untuk dapat duit. Dia tak lah tunggu Mama, Papa, Ayah , Mak, Ibu, Daddy, Girlfriend, Awek, atau sesiapa pun lah bagi duit kat dia. Tak! Dia tak tunggu, dia usaha, dia ikhlas.
Oh, aku kena positif !!
Hmm, mungkin kau tak terfikir kalau kau di tempat dia kot. Okay, contohlah. Kau bijak bergitar. Kau dah kehabisan not. Kau pun pergi 'busking'. Lalu, kawan-2 kau yang kau harap bagi semangat, sokongan, galakan, ketawakan kau. Padahal kawan-2 kau tu lansung tak ada kena mengena dalam proses kau membuat keputusan untuk 'busking'. Haaa, bagaimana? Sakit tak hati ? Kalau tak sakit pun, terguris tu mungkin lah.
Ahh, maaf. Ternegatif juga !!
Dalam pada kau mentertawakan dia macam tu, aku telah nampak satu sikap yang 'erghhhh!' pada kau. Kau sendiri yang tunjukkan perangai kau. Kau sendiri yang mendedahkan sikap kau. Jangan salah kan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Salah kan aku? Boleh juga. Sediakan eviden secukupnya yaa!
notakaki: Aku harap, engkau berubah. Kau boleh. Tambahkan saja ketaatan dan ketaqwaan kau pada Allah, nescaya sifat-2 mazmumah itu akan hilang dengan sendirinya. InsyaAllah.

Isnin, 2 April 2012
Gundah
bismillahirrahmanirrahim..
Bulan lepas, pada tarikh yang aku kurang ingat. Telah diumumkan keputusan SPM bagi tahun 2011. Sungguh, memang bukan aku yang mengambilnya, tapi aku turut rasa berdebar kayaknya aku pula yang menunggu keputusan.
Alhamdulillah ramai yang berjaya. Alhamdulillah rating sekolah kami meningkat. Dan ini sangat menggusarkan aku. Yelah, kami perlu beat keputusan mereka. Ohh lupa aku ingatkan, aku di tingkatan 5 tahun ni mengambil aliran agama.
Itu di sekolah, belum lagi di kalangan keluarga, sahabat, banyak yang aku perlu lawan ni. Aku ni pula anak bongsu dalam keluarga. Memang aku lah harapan keluarga. Sebenarnya aku agak risau menjadi seorang yang diharapkan, kerana aku telah beberapa kali memusnahkan harapan orang. Harapan cikgu terutamanya, aku musnahkan semasa aku di tingkatan 3 dan 4.
Aku risau, dengan keadaan kesihatan aku yang kurang stabil ni. Ada saja kurangnya di sana sini. Aku tak dapat nak survive. Memang itu bukan alasan utama, tapi kalau dah tak sihat, tentunya tak hadir ke sekolah. Lalu, banyak yang aku tertinggal. Nak kena catch up banyak. Yang tingkatan 4 aku belum habis telaah lagi. Jadi, bagaimana?
Semoga saja Allah bisa membantu aku dalam aku sedang membantu diri aku. Jangan risau, aku tahu yang Allah takkan mengubah nasib seseorang kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Jadi, jangan risau, aku sudah pun mula berubah.
InsyaAllah, aku akan buat semua bangga dengan aku. Tak pandang rendah lagi pada aku. :)

FIGHTING !!!!!
Isnin, 20 Februari 2012
Biarkan.
bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum apa-apa riwayat aku mulakan. Aku nak terangkan keadaan rumah aku.. Aku baru berpindah ke sini 2 bulan yang lepas. Keadaannya agak kurang selesa dari yang dulu tetapi alhamdulillah masih dikurniakanNya tempat tinggal untuk kami 3 sekeluarga. Selang sebuah rumah dari rumah aku , tinggal seorang uncle Cina yang dah agak tua tapi masih kuat bekerja. Kami panggil dia Apek. Apek ni macam dah kurang pendengaran sikit lahh. Sikit je, tak banyak.
Okay, let's go. Mari mula kan.
Satu hari ni, sorang kawan ayah aku datang rumah. Sembang-sembang hal kampung dan segalanya lah.. Apek ni pun tiba-tiba datang.. Then, kawan ayah aku ni bangun nak balik. Secara tiba-tiba. Ayah aku pun tanya lah,
"Kenapa nak balik?"
"Cina ni mabuk, takut lah aku dengan dia"
Okay, mula-mula aku ingat ayah aku ni tak tahu Apek tu mabuk dan akan menghalau Apek itu keluar dari rumah aku ni.. Tapi , semua nya tak adi macam apa yang aku bayangkan. Malah ayah aku tegur perangai kawannya tu,
"Dia nak mabuk, biarlah dia. Takkan kita nak halang pulak. Macam mana kita nak halang, kita layan je lah, dia tak kacau kita kan."
Kata ayah aku.. Lalu tambahnya lagi ,
"Kita tak tahu apa masalah dia minum air tu. Dah dia datang ke rumah ni, dia sebagai tetamu, kita kenalah layan macam mana layaknya seorang tetamu itu dilayan. Okay ?"
ORITE, Abah memang power. Aku harap aku dapat warisi semuaaaaaa sifat mahmudah beliau ni. InsyaAllah.
notakaki: Bukan nak kata apa lah, cuma aku jadi malu dengan perbuatan awak yang seakan-akan memerli dia semasa di gig hari tu. Biar lah dia nak buat apa, kita tidakkan dengan hati saja. Jangan zahirkan kita tak suka. Remember this peeps, You can't control people's actions. All you can control is how you react to those actions.

Langgan:
Catatan (Atom)