Rabu, 13 Februari 2013

Mahu Ragu.

bismillahirrahmanirrahim,


aku tidak sekuat kamu,

aku tidak sepintar kamu,

aku tidak setangkas kamu,

aku tidak secantik kamu,

aku bukan pilihan hati kamu.

dia tegaskan semula "tidak. bukan."

Hmm....

"mungkin jika kita bersama nanti,

semua yang tidak dan bukan,

hilang,

kita sama,

tiada lebih tiada kurang,

sama kalau bersama"

giliran aku pula bentakkan "mungkin. kalau"

Huh!!

ps: Mahu jangan dipendam, Ragu jangan dibilang.

jaga dirimu baik-baik
assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ahad, 6 Januari 2013

Empat mata Dua hati..

bismillahirrahmanirrahim,

Apa yang ingin aku taipkan disini..
Ialah rasa hati aku..
Tatkala famili sedang asyik menonton AJL..
Sementara perut menghadam durian yang baru dimakan..

Post ini untuk awak.. sahabat..

Awak,
Serius saya tak kisah awak nak bawak mana kawan awak pun masuk dalam chatbox..
Tapi please, awak fikir lah.. Saya bukannya patung..
Saya masih lagi manusia yang mempunyai hati dan akal..

Awak,
Awak tahu tak.. Saya ni punyalah nak excited nak borak dengan awak..
Awak kan jarang online.. Jadi faham-faham lah perasaan sahabat ni..
Ohh, mungkin awak tak faham kot..

Awak,
Saya minta maaf kalau kata-kata tadi buat awak sakit hati..
Tapi maaf sekali lagi sebab saya dah terguris hati dulu..
Susah kan nak selesaikan masalah hati ni...

To Mr.I :) Sahabat yang terbaik bagi saya..
I love you, friend.
And I am sorry ^_^
Hehehe..

Adios Amigos.
:*


Selasa, 1 Januari 2013

Bunga api di hati. Happy new year!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Salam 2013!!!! Yeahhhhhh !!! May this year bring you happiness..
Aku mulakan tahun baru aku dengan senyuman..
Senyuman yang sehingga pagi ini belum lagi hilang..

Ahh.. Hmm..

Pertama kali aku berjumpa dengan dia pada 1 April 2012..
Itu pun cuma sekejap.. Tak sampai 10 minit..
Lebih kurang satu jam selepas masuknya hari pertama untuk 2013..
Aku berjumpa dengan dia buat kali kedua..
Di Kompleks Sukan Rakan Muda, Mont Kiara..
Meskipun terpaksa melukakan hati orang lain...
Aku tetap ingin berjumpa.
Hak berjumpa hak kami!

Ecehhh...

Tak lah.. Mana ada lukakan ke apa ke.
Mengarut semuanya tu.
*gelak jahat*
Aku cuma gembira..
Meskipun kami bukan siapa-siapa ..
Tapi kami masih berkawan..
Alhamdulillah..

Haihhh..

Macam tau-tau saja aku akan merindu.
Dia berikan sedikit tanda peringatan..
*jelir lidah juling mata*
Seronok lah kan..
Bukan senang nak dapat barang dari orang..
Dah lah jarang jumpa..
Itu saja..
Takde angau ke apa ke.. Takde.. Takde..
Tak perlu kepada tu semua..

Brrrrr..

Kesimpulannya aku gembira..
Biarkan mereka mahu kata apa..
Lantakkan mereka mahu fikir apa..
Aku sudah penat diatur ..

Ooopppppssss.. *tutup mulut*

Maaf....
Over gedik kan!!
Adoiii.. Entahlah tak tahu dah..
Speechless tauu!!

Adios Amigos..
Jaga dirimu baik-baik..
Sayang awak semua..






Rabu, 31 Oktober 2012

ManJaddaWajada!!


bismillahirrahmanirrahim,

Aku ialah pelajar tingkatan 5 SMK Tunku Syed Idrus.. Sedia maklum, 5 November 2012 bermulalah peperiksaan yang besar dan penting.. Sijil Pelajaran Malaysia.. SPM.. 
Persoalannya, adakah aku sudah bersedia? Aku sendiri tidak tahu jawapannya. 
Aku belum mula stuggling. Sepertinya, layak aku digelar bodoh sombong.
Tak sedar diri. Ya Allah, terangilah hatiku.. Lapangkan dadaku.. 

Peperiksaan selama lebih kurang sebulan ni insyaAllah aku akan sambut bagai pesta besar,riuh dan semarak. Sampai kamu pun dapat merasakan ada suasana peperiksaan dalam udara ruangan aku.
Inilah saat-saat sebenar seorang pencari ilmu membuktikan jerih payah belajar selama lebih kurang 12 tahun ini mendatangkan hasil setimpal, iaitu meresap nya ilmu tadi sampai ke tulang sumsumnya:)

"Ilmu itu bagai nur,sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu,supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

Siapa yang menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas, dia mendapat kehormatan sebagai mujahid,pejuang Allah. Bahkan kalau mati dalm proses mencari ilmu, dia akan diganjarkan dengan gelar syahid, dan berhak dapat darjat premium di akhirat kelak.

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik! Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertawakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepada-Nya, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini. Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal."

"Uthlub ilma minal mahdi ila lahdi"

Bi Taufiq Wa Najah!!!
Man Jadda Wa Jada...

adios amigos..
Assalamualaikum..

Selasa, 25 September 2012

Bertambah Satu Tahun.

bismilahirrahmanirrahim,

Hari ni,
jika kau masih berdiri di bumi Allah ini,
maka genaplah usia kau 19 tahun..
Namun,
Kita semua tahu,
Bahwa Allah itu sangat bijak dalam mengatur segala.
Takdir-Nya tiada sesuatu apa pun yang dapat melawan.

0313 10 Mei 2012,
nikmat yang sering dilengahkan manusia, buatmu,
diambil Allah..
kau menghembuskan nafasmu yang terakhir.
setelah 3 malam kau koma.

Pada saat aku terima kenyataan ini,
Sungguh, aku tidak percaya.
Tetapi, atas nasihat semua,
aku sedar,
Allah berhak atas segala-galanya.
Semuanya Allah yang punya,
Aku tiada hak untuk menambah jangka hayat kau,
Aku terima.

Cuma hari ni,
malam ini,
aku ingin sampaikan rindu aku,
ucapan aku,

"Duan, kalau tahun lepas kita sambut di Secret Recipe dengan kau, Haffiz. Tapi tahun ni tidak. Pada awalnya, serius, aku fikir, hari jadi aku tahun ini kosong. Bosan. Tapi ternyata tidak begitu, SubhanAllah, sungguh, Allah itu Maha berkuasa.. Aku sambut dengan teman-2 sekelas aku. abah aku, kawan-2 di gunung mas, Faez, Abang Yanto dan Yuni.. Walaupun tiada hadiah yang besar, tapi aku sangat gembira dengan keadaan ini. Mereka semua sangat manis Duan. Ada yang menghantar video. Ada juga yang menghantar voice note. Hmm, tak pernah aku bayangkan semua ni. Pastinya, kalau kau ada, semua pasti menjadi lebih indah. Tapi tidak mengapalah. Aku tahu kau tenang di sana, dan aku harap kau bahagia di sana. InsyaAllah Duan, hadiah terbesar yang boleh aku pada kau cuma kejayaan. Kau sangat mengharapkan aku berjaya kan dulu? Aku sedang berusaha. Oh iya! Addmath aku lulus :') Haffiz ada bantu aku.. Dia selalu bantu aku.. Dia dah baik dengan aku dah.. Kami prank dia gila-2 masa birthday dia hari tu.. Kesian dia. Cuma ini, untuk 3 hari sempurna kita.. 23, 24, 25.. Kalau kau ada, pasti lebih banyak aku berceloteh kan? Hahaha.. Al-Fatihah"

Tenang sajalah ya kau di sana..
Dialog ini "Raja kamilah yang jaga kami nanti",
bukan lagi untuk engkau :')
Dan sangat merindukan kalian berkata "Jaga dirimu baik-baik"

Adios Amigos,
Assalamualaikum..

Isnin, 17 September 2012

Jangan Begini Ahhhh!

bismillahirrahmanirrahim,

Aku diam menatap skrin,
Aku amati bait-2 kata yang tertulis,
Mahu saja aku jerit di telinganya engkau,
agar engkau tahu,
yang aku terlalu ingin tahu,
apa yang sebenarnya...
masalah hati antara kau dan aku.

Jujur aku bingung,
apa ini memang salah aku,
atau hanya permainan emosimu.
Aku ulangi perbuatan ku yang tadi,
aku baca lagi semua rangkaian huruf yang tertera,
Cisss, aku bertambah bingung.

Aku benci ahh perasaan sebegini,
Dihurung rasa serba salah,
Diselimuti perasaan sedih,
Tertanya-tanya sendiri tanpa ada orang peduli.

"Ahh! Siapa mahu peduli!
Masalah engkau, mahu libatkan orang pula!
Berani kau ya!"

Satu aku minta,
Jika benar salahnya aku,
Katakan ke aku,
Agar mudah aku benarkan.
Agar selesai segala.... masalah hati antara kau dan aku.

Dua aku minta,
Ampun dan maaf,
Ampunan yang tulus dari hati mu,
Maaf yang ikhlas dari batin mu.

Bisa ya! Pleasee!

Ahad, 16 September 2012

Cinta, (Maafkan Aku)

bismillahirrahmanirrahim,

Cinta,
Mungkin memang salahnya aku,
Mungkin memang bodohnya aku,
Mungkin memang jahatnya aku,
Mungkin memang segalanya aku,
Sehingga kau jadi tersinggung.

Cinta, (jujur pada aku)
Andai benar salahnya aku,
Andai benar khilafnya aku,
Andai benar silapnya aku,
Andai benar segalanya aku,
Aku mohon, maafkan aku.

Cinta, (jangan terus sepi)
Dipendam rasa menjadi luka,
Ditambah aku berbuat duka,
Sedang yang lama masih tersisa,
Lalu peritmu bertambah bisa,

Cinta, (maafkan aku)
Cukup! Aku tahu akhirnya apa,
Kerna aku pasti,
Kau masih cinta.



#Ending yang sangat teruk.. Maaf.. Mengantuk ni. :p
Hanya nukilan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi.