Jumaat, 17 April 2015
Karut Marut
perasaan yang aku sendiri tak reti nak terangkan,
hati tisu, lembut nak mampos.
lembut kalau baik takpa, ini lembut tah apa apa.
sikit sikit nak terasa.
ah shit.
kalau nak camni je bila aku nak happy?
ah sial lah masing masing macam paparazzi.
takkan pupus babi di dunia walau banyak mana pun manusia makan,
sebab orang orang macam ni rela jadi pengganti babi.
ahhhhhh.
Tuhan, ambil balik semua perasaan karut marut ni.
Rabu, 25 Mac 2015
Tak Normal I
Khamis, 12 Mac 2015
Catatan Kebengapan I.
tanpa mengetahui erti sebenar aku wujud di muka bumi ini.
kadangnya mereka kata untuk mengabdikan diri pada Dia.
tapi ada pula yang kata untuk aku balas jasa kedua orang tua.
ada yang kata untuk aku capai segenap kejayaan.
pergi kelas pergi kerja.
ah letih.
bukan tak minat.
eh aku minat.
kalau boleh tak nak berhenti belajar.
tapi itulah, mana nak cekau duit.
aku nak aje belajar sampai PhD berderet.
bingkai gambar berjubah bersusun kat dinding.
Abah Mak pun bangga nanti.
haha,
berangan lah.
Belajar yang setahun ni pun aku mencungap nak habiskan.
hahaha.
Tapi tu lah.
aku bangun tidur, aku fikir kenapa aku kena bangun.
apa lagi yang kurang kat dunia ni sampai memerlukan aku untuk mengimbanginya?
haa terserlah poyo.
sebab tu aku malas bangun tidur kalau takda apa nak kena buat.
aku rasa tak penting je.
hahaha,
entahlah,
memang dasar pemalas, eh jangan risau.
i take that as compliments.
hahaha.
aku dah dapat jawapan soalan aku
tapi aku masih belum pasti dengan jawapan aku
sebab aku rasa,
ada orang lain yang punyai jawapan lagi bagus dari aku.
hahaha
siot ah.
merepek apa panjang-panjang ni .
aduh.
sudah lah.
selamat malam.
esok takda kelas,
so, faham faham je lah.
hehehe.
tak tau nak tamat kan cemana.
takut ada yang terkejut dengan 'sudden stop' ni.
pening pening.
BYE !!!
Sabtu, 24 Januari 2015
Entah
Nak tido, nangis.
Bangun tido, nangis.
Menangis itu bagai sudah menjadi nafas bagiku.
Setiap masa sepanjang hari mata ini terus mengeluarkan airnya, hati ini terus hancur sedikit demi sedikit.
Aku lihat kesan kesan luka di hati.
Ditambah pisau dari belakang menambah seri.
Aduh, tak tertahan oleh ku perihnya ini.
Takpa, kuat terus semangat.
Sabtu, 10 Januari 2015
Sakit bagitahu.
Gua ni bukan sengaja mengadu bila sakit sikit.
Tapi ada kadangnya kita tak nak simpan sorang.
Macam aku ni.
Aku tengok orang sakit pun gua sedih habis.
Aku takut nak tengok.
Aku macam dapat rasa je sakit dia tu.
Cemana eh aku nak cerita.
Aku kalau tengok orang tengah sakit, aku automatik akan kesian.
Eh bukan kesian.
Fuck.
Cemana sia nak cerita.
Okay. Cuba macam ni pulak.
Aku kalau tengok orang tengah sakit, aku automatik akan berpaling.
Tak sanggup.
Haa yes.
Tak sanggup nak tengok orang tu tahan sakit.
Aku boleh nangis tau.
Itu yang sebabnya bila aku sakit, aku cakap.
Aku takut nanti kalau dah sakit sangat baru nak bagitau,
nanti akan ada orang lain yang tak sanggup pulak tengok aku tahan sakit,
(kalau ada lah).
Tuhan, selamatkan lah tubuh badan kami dari parasit dan penyakit yang mengganggu kami dari beribadat kepadaMu. Aamiin.
Jumaat, 5 Disember 2014
Tak patut
Aku tahu aku tak patut,
Aku terlampau sayang kawan,
Dan kamu dua kawan aku,
Aku tahu aku tak patut.
Ahad, 9 November 2014
Sayang kawan.
Aku pun ikut runsing fikir masalah yang bukan masalah aku. Akhir akhir ni makin banyak masalah yang bukan masalah aku yang secara tiba tiba aku macam terikut untuk fikir kan bersama.
Bagi aku, tak apa kita cuba. Cuba dulu. Yang depan2 kita tak tahu apa. Kita jalan je dulu. Mungkin depan tu pelangi, mungkin depan tu gaung. Yang aku tahu, kalau depan tu gaung, dalam mana pun, pasti ada cara selamatkan diri. Kau tahu, tak ada ujian akan berat lagi dari kemampuan kau. Rezeki tak selalu kita nampak, mungkin yang ini yang terbaik untuk kita. Jangan pernah mencari kesempurnaan, Sungguh Dia lah yang paling sempurna. kalau ia berakhir menjadi benda tak baik atau gagal, fikir balik masa awal2 kita menggerutu tak dapat rezeki ni.
Jangan cepat sangat menyalahkan bila kita susah. Masa kita tengah susah lah waktu paling tepat nak balik pada Dia. Eh jangan ingat waktu senang tak perlu balik. Wajib tiap masa, cuma bagi yang selalu terlupa macam aku. Ya, waktu susahlah kita baru ingat Dia yang sentiasa beri nikmat pada kita.
Ingat semua kenangan manis, terus positif. Dia lebih tahu sedangkan kita tak tahu apa apa.