Rabu, 25 Julai 2018

Harapan.

Dari aku kecil aku dengar perkataan harapan. Dan aku pula jenis tak ambil ringan tentang harapan.

Aku buat sehabis daya. Aku belajar sungguh sungguh. Memang orang tak nampak aku belajar. Tapi tiap malam aku stay up, sampai dah terbiasa. Sampai sekarang jadi insomnia pula.

Aku cuba jadi yang terbaik dan menjadi seperti yang diharapkan. Aku cuba.

Dan kini, daya aku dah pun habis. Mungkin, semua yang aku capai untuk mereka sebelum ni sudah tiada makna pada mereka. Dan apa yang aku gagal kini, bakal menjadi sumber kebencian mereka.

Mungkin, ini lah masa di mana aku jatuh tersembam. Dan jika mereka masih mementingkan tentang harapan harapan mereka ke atas aku. Sungguh, mereka sangat penting kan diri sendiri.

Dan biarkan aku mati membawa harapan.

Khamis, 19 Julai 2018

The day.

Ini adalah hari di mana aku bersedia menceritakan kekurangan aku. Aku ceritakan pada orang yang tak langsung mengenal aku tapi reaksi nya seolah dia adalah sahabat sebantal aku selama hayat aku. Pendekatannya lembut. Matanya yang separa sayu dan coklat itu seolah ada pelangi, mendung. Terasa kegusarannya melihat aku. Terasa ikhlasnya dia mendengar setiap satu bait penceritaan aku. Petualangan sendiri melawan musuh paling kejam dan bahaya satu semesta. Diri sendiri.

Terima kasih kerana cuba untuk membuka jalan. Terima kasih atas perhatian di setiap inci tubuh aku. Terima kasih untuk tindakan pantas tanpa menilai aku. Terima kasih kerana mencuba untuk mencari punca semua ini.

Kepada semua yang masih memberi perhatian kepada aku; Kepada semua yang risau dan susah hatinya kerana aku; Kepada semua yang juga mencuba membantu aku;

Aku minta maaf. Aku selalunya kuat tapi kali ini aku kalah. Kecundang melawan seteru utama.

Terus kan berharap pada tuhan dan jangan putus asa dengan rahmat nya.

Isnin, 16 Julai 2018

Matahati.


Kadang kadang
Bila aku dalam kegelapan
Aku biarkan ia gelap seketika
Untuk mensyukuri terang.

Ketika aku mula mencari cahaya
Aku terjumpa matahari keseluruhannya

Kali ini
Matahari itu adalah manusia
Yang redup, terang dan menghangatkan.
Dan mungkin aku tak akan jumpa di mana mana lagi

Kamu sangat terang
Mata aku terpejam rapat
Tetap aku ternampak kamu
Cahaya kamu menembus gelap mata

Jadi, aku simpan dan aku jaga.
Semoga selalu kita bersama.

Aku..
Melihatmu dengan mata hati.