Ahad, 19 Ogos 2018

#Day3

My top three pet peeves;

1. Orang yang potong barisan. Tak kisah lah barisan apa pun. Masa beli tiket wayang, atau ambil duit bantuan, atau masa ambil makanan kat dewan makan, mahupun bayar tiket dan masa trafik tengah sesak kat jalan raya. Aku paling pantang orang yang potong barisan ni. Ugh. Boleh dah perlahan lahan pergi belajar erti sabar dan amalkan.

2. Orang yang kuat mengadu. Apa lagi kalau mengadu kat mak ayah. Aduh. Aku selalu kena marah dengan abah dulu sebab aku selalu mengadu Pie kasar dengan aku. Dan yang dimarah adalah aku, sebab aku mengadu. Kata abah, jangan suka mengadu, mengadu tu boleh datang kan mudarat pada orang yang kita adu kan tu atau pada diri kita sendiri. Kalau betul yang kita adu tu, orang tu dimarah. Kalau salah yang kita adu tu, kita jatuh fitnah. Sampai sekarang aku pegang ni. Abah sambung lagi, kalau tak suka apa orang tu buat, jangan layan. Beredar lah. Jangan dedahkan diri atau rapat lagi dengan orang yang buat kita. Elakkan.

3. Orang yang marah bila orang cakap pasal dia tapi dia sendiri cakap pasal orang. Bagi aku, kalau tak nak orang buat kat aku, aku jangan buat orang. Tapi kalau aku tak buat apa apa, dan orang masih cakap pasal aku, mungkin ada bahagian yang aku tersalah, atau mungkin tu adalah orang tu membalas apa yang orang buat kat dia. Like, it's their revenge or karma? Eh. Aku cuba sedaya upaya untuk tak bercakap pasal orang. Dan bila orang keliling aku yang aku rapat bercerita tentang orang dengan exaggerate nya, aku akan tegur. Tak dapat apa pun dengan bercerita ni. Kalau tak suka, diam. Beralih. Dan tak payah mengada nak dekat.

---------

Ada banyak lagi. Antaranya, orang makan cupcapcupcap, bercakap masa makan, budak kecik yang mengada ngada... Dah lah tu, kantoi pulak banyak benda aku tak suka. Hahahaha.

Sabtu, 18 Ogos 2018

#Day2

Aku jenis tak reti kasi 'first impression' terhadap apa pun. Tapi aku selalu terima impressions dari orang. Orang orang yang menggambarkan aku.

Antara yang selalu aku ingat dan pahat dalam hati aku ialah.. "fya, kau dah lalu banyak benda, dan aku tahu, kau kuat fya. Kau seorang yang kuat dan boleh buat semua sendiri"..

Ada lagi satu dari sahabat terhebat aku, "fi, you ni macam lelaki tapi i sayang you."

The other one is,
"I thought you were not straight the first time i saw you".. aku paling ingat ni sebab lepas tu awkward moment.. aku pandang enys, enys pandang tasha, tasha pandang aku. Hahahahaha.

Jumaat, 17 Ogos 2018

#Day1

10 things that make me really happy;

1. Pie. Pie is not a thing but he can make me real happy. Dengan hanya melihat dia, aku tahu ada yang masih menyayangi aku dengan ikhlas dan tanpa minta balasan.

2. Days with my boyfriend, Sharizal. Hari hari bersamanya adalah hari yang selalu aku impikan dan nantikan. Dan pastinya aku lah yang paling gembira!

3. Camera, it allows me to see the world in different perspectives. And help me to capture the moment and save it for later.

4. Cakes ianyaaa sangattttt laaaaaaa sweet. It was baked with passion and love. Sebab tu lah.

5. Creampuff is sooooo soft dan buat mulut watery. And it is my favourite desert. Sooooo, imma happy kid each time i eat this.

6. Notebook, i'd love to have one in my bag. Dia macam mana eh. Bila tengok notebook yang comel comel, aku rasa happy sangat. Kenapa? Aku pun tak tahu.

7. Sleep because it is the best therapy kan?

8. Books and it's odor. For those yang suka membaca, mesti lah buku buat dia happy kan.

9. Star because it shines no matter what. Dan ianya sangaaat cantik!

10. Mountain sebab bila di atas, pandangan aku lepas jauh ke mana mana. Aku nampak semua.

Rabu, 15 Ogos 2018

Langit

Ketika itu langit biru,
Aku sedang menunggu kamu,
Kita berjanji untuk bertemu,
Kamu datang dan kecup dahiku.

Ketika itu langit jingga,
Kita masih duduk di perut kereta,
Diam menunggu pemula bicara,
Aku atau kamu harus bersuara.

Ketika itu langit kelam,
Cerah berganti bayangan malam,
Kamu tetap di sini menghilang suram,
Kerna kamu pengganti matahari yang tenggelam.

Dan di setiap satu warna langit,
Aku tetap mendambakan keberadaan kamu di sisi ku,
Menemani hari dan malam.

Dan ketika hujan turun,
Kamu menghangatkan ku,
Kemudian menceriakannya semula,
Seperti selalunya...

Isnin, 13 Ogos 2018

Dear Yayah.

Dear Yayah,

I kenal you masa I darjah 6, which is 11 years ago. Masa tu you form 4. I paling ingat ayat you mula mula kenal tu, "Oh ni ke fiza girlfriend abang? Aku Amni, jangan panggil aku kakak." Tapi jarang juga jumpa you masa tu sebab you kat hostel. Then you masuk belajar. I masih dengan Duan. Kita mula rapat bila Duan pergi. You yang selesaikan hal I dengan Mama, hal I dengan Ana. Since then, kita selalu jumpa. Kalau tak, jumpa masa 3 happy days je.

2015, was the sweetest for us. Kita jadi partner in life for a moment. We both knew thay it's wrong. But we believed that rules are made to be broken. Haha. Rebel sangat eh. You are first girlfriend. Even though we are not so sure about that.

We were too close. Too close yang tahap underwear I ada berapa pun you tahu. I minta maaf I tak bawa you jumpa kawan kawan I walaupun banyak kali you insist. I bukan sengaja. I takut depa judge kita. Kita punya manja bila berdua sampai orang yang tak tahu kita bercinta pun boleh jadi tahu. And that is also why I taknak bawa you jumpa boyfriend I. I tak nak my boyfriend terasa. I minta maaf kalau sebab I tak pernah expose you on any media yang buat ramai tak percaya you. I minta maaf. I tahu you cuba tolong I, tapi orang orang tu semua tak faham.

I sayang you. As a friend, as sister.

Terima kasih sebab selalu ada untuk I. I minta maaf lately ni I selalu marah you. I minta maaf baby. I doakan semoga you bahagia kat sana dengan Duan, your baby, ayah dan ibu you. You selalu kata I kuat, padahal you lah sebenarnya yang kuat. Sangat kuat. Dan sekarang, you rehat lah sayang.

I okay kat sini. You jangan risau. Rizal dan Pie ada untuk I. Again, I love you baby.