Ahad, 19 Ogos 2018

#Day3

My top three pet peeves;

1. Orang yang potong barisan. Tak kisah lah barisan apa pun. Masa beli tiket wayang, atau ambil duit bantuan, atau masa ambil makanan kat dewan makan, mahupun bayar tiket dan masa trafik tengah sesak kat jalan raya. Aku paling pantang orang yang potong barisan ni. Ugh. Boleh dah perlahan lahan pergi belajar erti sabar dan amalkan.

2. Orang yang kuat mengadu. Apa lagi kalau mengadu kat mak ayah. Aduh. Aku selalu kena marah dengan abah dulu sebab aku selalu mengadu Pie kasar dengan aku. Dan yang dimarah adalah aku, sebab aku mengadu. Kata abah, jangan suka mengadu, mengadu tu boleh datang kan mudarat pada orang yang kita adu kan tu atau pada diri kita sendiri. Kalau betul yang kita adu tu, orang tu dimarah. Kalau salah yang kita adu tu, kita jatuh fitnah. Sampai sekarang aku pegang ni. Abah sambung lagi, kalau tak suka apa orang tu buat, jangan layan. Beredar lah. Jangan dedahkan diri atau rapat lagi dengan orang yang buat kita. Elakkan.

3. Orang yang marah bila orang cakap pasal dia tapi dia sendiri cakap pasal orang. Bagi aku, kalau tak nak orang buat kat aku, aku jangan buat orang. Tapi kalau aku tak buat apa apa, dan orang masih cakap pasal aku, mungkin ada bahagian yang aku tersalah, atau mungkin tu adalah orang tu membalas apa yang orang buat kat dia. Like, it's their revenge or karma? Eh. Aku cuba sedaya upaya untuk tak bercakap pasal orang. Dan bila orang keliling aku yang aku rapat bercerita tentang orang dengan exaggerate nya, aku akan tegur. Tak dapat apa pun dengan bercerita ni. Kalau tak suka, diam. Beralih. Dan tak payah mengada nak dekat.

---------

Ada banyak lagi. Antaranya, orang makan cupcapcupcap, bercakap masa makan, budak kecik yang mengada ngada... Dah lah tu, kantoi pulak banyak benda aku tak suka. Hahahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS