Sabtu, 19 Mei 2018

Jurang terdalam.

Aku pandang ke bawah. Di kaki jurang tempat kau selalu berdiri, menuntun dan menunjuk aku jalan. Sekarang, sepi. Yang kelihatan cuma pucuk pokok yang tinggi. Kamu hilang. Tapi kata mereka kamu ada, mungkin di langit.
Turun lah ke awan. Supaya dapat kita bertemu lagi, di puncak gunung yang tertinggi. Akan aku gagah mendaki, jika di puncaknya ada kamu. Yakin kan aku bahwa kamu selalu ada. Kerana aku semakin lemah. Tidak kuat untuk meneruskan perjalanan yang selama ini kita impikan, sewaktu kamu masih di bawah menanti aku.
Kini kamu tiada, apa harus aku teruskan? Atau cukup sekadar di sini? Atau aku harus turun lagi? Aku keliru. Cuma harapan aku, walau di mana kamu kini, jangan lupa bahagia. Terlalu banyak sengsara kita dulu. Sekarang, berbahagialah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS