Selasa, 15 Mei 2018

Undur diri.

Kata mereka aku bodoh,
Bodoh kerana masih mengharap.
Bodoh kerana masih menunggu.
Bodoh kerana lelapkan mata.

Diam aku tak bermakna aku setuju,
Diam aku tak bermakna aku akur,
Diam aku tak bermakna aku benci.

"Jujur, aku sayang kamu."
Tapi apa lah sayang tanpa kejujuran.
Apa lah sayang jika cuma aku yang menjaga hubungan.

Jatuh seribu kali,
Tetap bangkit untuk ke seribu satu nya.

Aku kuat untuk kehilangan kali ini.
Aku boleh kuat.
Aku harus kuat.
Aku mesti kuat.

Terima kasih untuk cinta yang sementara.
Terima kasih untuk kenangan.
Terima kasih.

Aku undur diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS