Isnin, 18 Mei 2020

Tentang Aku

Tenang.
Tentang aku yang takkan semua faham.
Disisihkan lalu disuruh tenang.

Kuat.
Tentang aku yang semua terperdaya.
Melawan arus menentang gelora,
Namun di hujung malam gelita,
Semua itu hanya sandiwara.

Manja.
Mungkin kau saja yang nampak,
Atau,
Mungkin aku hanya ingin kau saja yang tahu.

Tentang aku atau tentang tentang?
Penentangan terhadap segala negativiti,
Dan terus hidup untuk menjalani hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

i do loves COMMENTS